berita

Baca Al-Quran, Bersahur & Berbuka Puasa Bersama, Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Dikuarantin Di Wad

May 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Ashraf Muslim yang pulang dari Scotland pada 9 Mac lalu setelah pulang menjalani penggambaran drama di sana telah dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh. Pelakon lelaki itu dimasukkan ke hospital sejak 12 April lali selepas positif Covid-19.

Lalu, dia turut berkongsi video dan foto sebagai pengalaman sepanjang menjalani kuarantin di wad.

Hari pertama berbuka puasa

https://www.instagram.com/p/B_XR-2bD1LX/

Pelakon ini pernah memuatnaik foto hari pertama berbuka puasa di wad kuarantin bersama rakan-rakan yang lain. Mereka juga mengamalkan jarak sosial ketika berbuka puasa di sana dan turut memakai topeng muka (mask).

Tetap belajar walaupun di wad

https://www.instagram.com/p/B_jLCQdDRCV/

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan mereka sepanjang berada di sana termasuk membaca Al-Quran dan hadis. Ashraf juga mengingati kita semua untuk sentiasa belajar dan membaca Al-Quran, tidak kira di mana sahaja kita berada.

Bangun sahur

https://www.instagram.com/p/B_o5FxJDHWd/

Ashraf turut berkongsi video menyaksikan gelagat rakan-rakan yang berada di wad untuk bangun bersahur.

‘Doakan saya negatif ye’

https://www.instagram.com/p/B_MzrkbjGo2/

Rakan artis iaitu Dato Fizz Fairuz juga berkesempatan menziarahi Ashraf ketika berada di sana dengan sedikit sumbangan. Meskipun hanya seketika bersua muka, namun, sudah memadai untuk Ashraf melepaskan rindu pada sahabatnya itu. Ashraf juga memohon agar peminat, keluarga dan masyarakat sentiasa mendoakan kesembuhan penyakitnya itu dengan segera.

Sumber: Ashraf Muslim

SKIP THIS AD ×