berita

Selepas Puteri Aishah & Krew, Ashraf Muslim Pula Disahkan Positif Covid-19

April 15th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Ashraf Muslim merupakan salah seorang daripada 18 krew penggambaran drama di Scotland pada 9 Mac lalu. Dia juga disahkan positif Covid-19 sejak pulang dari negara itu bersama pelakon Puteri Aishah dan pelakon cilik Puteri Rayyana Rayqa.

Ashraf Muslim turut memaklumkan perkara itu menerusi laman Instagram dan merasa sebak setelah mengetahui keputusan kesihatannya.

Ada hikmah disebaliknya

Assalamualaikum… Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM tentang keputusan Sample Covid-19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid-19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dengan pilihan Allah. Ada hikmah disebaliknya. Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.

Pelakon lelaki ini baru sahaja menerima keputusan ujian saringan Covid-19 pada 12 April 2020 lalu. Ternyata keputusan ini telah mengundang rasa sebak tetapi bagaimanapun dia reda akan ketentuan ini. Malah, dia juga mempercayai akan hikmah disebalik apa yang sedang berlaku.

Doakan yang terbaik

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Ashraf Muslim terlebih dahulu memohon maaf buat keluarganya dan sahabat yang lain dengan apa yang telah berlaku. Dia juga memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dan pesakit positif lain juga. Dia turut berterima kasih kepada semua barisan hadapan negara dan doktor yang membantunya ketika ini.

Dia turut meninggalkan pesanan ringkas buat keluarganya untuk sentiasa solat dan membaca Al-Quran seperti kebiasaan.

Sumber: Ashraf Muslim

SKIP THIS AD ×