Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Bagaimanapun, perbuatan seorang lelaki dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ketika sedang membaca doa dalam sebuah majlis formal ternyata mengundang kritikan daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Zamani Bakal Operate Tulang Belakang November Ini, Siti Nurhaliza Titip Doa
Artikel Berkaitan: Beri Wang Lebih RM50k & Barang Kemas Untuk Modal Meniaga, Imam Masjid Dakwa Ditipu Bakal Menantu
Doa tambah isteri
Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok, lelaki tersebut telah membacakan doa di dalam sebuah majlis agar diberikan rezeki yang mencurah bagi melayari bahtera kehidupan dan membolehkan menambah isteri lebih daripada seorang. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut memohon kepada Allah agar jabatan berkenaan menjadi yang terbaik dan melahirkan suami yang paling ramai poligami.
Susulan daripada itu, rata-rata netizen mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut yang dikatakan tidak sensitif tentang isu poligami. Malah, netizen menzahirkan rasa kecewa kerana doa tersebut dibaca ketika dalam majlis formal.
Tak ada benda lain nak doa?
Berikutan daripada itu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata pihaknya telah mengambil tindakan terhadap pegawai tersebut. Pegawai berkenaan juga telah mendengar nasihat dan teguran yang diberikan. Tambah Ajib, pihaknya mengambil berat perihal profesionalisme setiap pegawai dalam melaksanakan tugasan bagi menjaga imej institusi tersebut.
Sumber: Tiktok