berita

Badan Daiyan Trisha Lebam, Diserang Anxiety & Infection Ketika Lakukan ..

July 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mendedahkan dirinya telah diserang anxiety dan mengalami trauma ketika melakonkan beberapa babak ekstrem dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Sumpahan Jerunei.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Guna Getah Sayur Pun Cantik’ – Netizen Puji Daiyan Trisha

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mohon Orang Doakan Saya Kekal Istiqamah’ – Daiyan Trisha

Anxiety, trauma

Ketika ditemui OhBulan!, Daiyan berkata babak esktrem tersebut juga telah menyebabkan tubuh badannya lebam dan berlaku jangkitan kuman dalam telinga.

Ketika saya jayakan babak-babak ekstrem dalam filem ini, saya alami banyak lebam-lebam pada badan. Banyak juga luka dan juga jangkitan pada telinga.

Selain itu, saya turut alami serangan anxiety ketika menjayakan babak dalam selut. Begitu juga ketika jayakan babak dengan Tony Eusoff.

Selepas selesai pun saya masih menangis sebab ia memang memberi kesan yang agak kuat kepada saya secara mental.

Namun apa pun, apa yang saya lalui sangat berbaloi selepas melihat hasilnya.

Daiyan berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei yang diadakan di GSC Mid Valley, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Daiyan turut mengulas mengenai penampilannya yang agak berbeza dalam filem tersebut. Menurut Daiyan perbezaan tersebut disebabkan penggambaran dilakukan empat tahun lalu.

Proses penggambaran filem ini berlangsung sekitar empat tahun lalu, sebelum pandemik melanda dunia. Jadi ketika itu, saya mungkin tidak pentingkan penampilan dan kehendak karakter.

Solekan pun saya tak kisah sangat, mungkin sebab itu saya nampak agak berbeza dalam filem ini.

Selain Daiyan, Sumpahan Jerunei turut dibintangi pelakon tanah air seperti Uqasha Senrose, Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Ruminah Sidek dan ramai lagi.

Filem bergenre seram arahan Jason Chang itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai depan.

SKIP THIS AD ×