Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha akui setiap individu mengharungi ujian yang berbeza untuk ke arah kebaikan. Walau bagaimanapun, Daiyan menetapkan matlamat baru dalam dirinya untuk menjadi yang lebih baik.
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Teringin Nak Nikah Di Makkah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Menangis Terharu Dapat Rasai Suasana Hujan Di Tanah Suci
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Sedih Netizen Tuduh Ditaja ‘Sugar Daddy’ – ‘Saya Dah Kerja Keras’
Mohon doa
Menerusi laporan Harian Metro, Daiyan, 29, memohon doa dari orang ramai untuk dirinya terus istiqamah. Katanya, kepulangannya dari umrah sering kali membawa hasrat yang tersendiri.
Saya cuma minta orang doakan supaya saya terus istiqamah. Ia agak berbeza pada setiap individu. Perjalanan hidup saya nak jadi seorang muslimah yang sempurna pun jauh lagi.
Cabaran untuk setiap individu juga berbeza. Setiap kali saya balik umrah saya mesti bawa balik diri yang baru. Walaupun tidak menutup aurat tapi saya ada matlamat untuk diri sendiri dan apa yang saya boleh berikan kepada semua.
Menurut Daiyan, masyarakat tidak patut mudah dalam menghakimi proses menutup aurat bagi setiap individu kerana perbezaan perjalanan masing-masing.
Tambahnya, orang hanya melihat daripada luaran seseorang sahaja dan tidak melihat dari sudut hati. Maka dengan itu, Daiyan merasakan pandangan seseorang terhadapnya tidak melambangkan isi hatinya.
‘Business’ tudung
Menyentuh hal perniagaan yang diusahakan oleh pelantun lagu ‘Penat’ itu, dia memaklumkan bahawa ini merupakan salah satu inisiatif untuk dirinya istiqamah.
Tambah Daiyan, dia cuba untuk tidak mengambil peragaan jenama antarabangsa yang terlalu seksi.
Setiap wanita boleh cuba untuk memakai (selendang) masa Ramadan, hari Jumaat atau apa saja.
Kebanyakan jenama antarabangsa, mereka memahami. Ada satu ketika saya dijemput pada bulan puasa dan saya memberitahu untuk mengenakan selendang dan mereka benarkan. Cuma ketika itu saya tidak dapat hadir.
Sumber: Harian Metro