Selain berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, nama pelakon Daiyan Trisha juga cukup sinonim dalam bidang fesyen.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sendiri Tak Tahu Saya Bersedia Atau Tidak’ – Daiyan Trisha Belum Merancang Untuk Pergi Haji
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mohon Orang Doakan Saya Kekal Istiqamah’ – Daiyan Trisha
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Teringin Nak Nikah Di Makkah
Lihat sahaja gambar-gambarnya yang dikongsikan di Instagram, ada sahaja stail dan gaya baharu yang diperagakan oleh aktres tersebut sekali gus mendapat pujian dan perhatian ramai.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, turut dilihat memenuhi jemputan untuk menghadiri acara fesyen yang diadakan di dalam dan luar negara.
Make up dalam kereta
Terbaharu, Daiyan menerusi sepotong video yang dikongsikan di laman TikTok sekali lagi mencuri perhatian umum.
Menerusi video tersebut, dia dilihat sedang melakukan trend ‘transition’ yang mana memperlihatkan wajah sebelum dan selepas ditata rias dengan solekan. Menurut Daiyan, ketika itu dia sedang dalam perjalananya menuju ke kampung halaman di Kuantan, Pahang untuk beraya.
Cerita dia kena siap dalam kereta. Nak balik kampung Kuatan ini, korang raya mana hari ini.
Getah sayur
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah getah rambut yang digunakan pelantun lagu Penat itu. Seorang warganet yang singgah di ruangan komen berkata, meskipun aktres itu hanya menggunakan ‘getah sayur’ namun dia masih kelihatan cantik dan jelita.
Dalam masa sama, komen tersebut turut mendapat perhatian Daiyan apabila dia mengiyakan getah tersebut sememangnya ‘getah sayur’ yang diambil di dapur rumah ibunya.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah menerima lebih 500,000 tontonan dan 71,000 tanda suka.
Video
@daiyantrisha22cerita dia kena siap dalam kereta ?? balik kampung kuantan niii korang raya mana today?? Transition Raya 2023 By Aiman – Aiman