
Pelakon, Mierul Aiman memberitahu untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal adalah dengan menjaga pemakanan.
Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Lebar Sayap Ke Singapura, Teruja Pegang Watak Utama Drama Bersiri Arahan M. Raihan Halim
Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Bangga Beli Rumah Pada Usia 27 Tahun, Anggap Satu Pelaburan Masa Depan – ‘Kewangan Saya Juga Sudah Stabil’
Kawal pemakanan

Mierul atau nama lengkap Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, berkata, selain sayur-sayuran, dia juga melebihkan protein berbanding karbohidrat dalam dietnya.
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Tapi nak kata tiap-tiap hari jaga ‘healthy diet’ itu tidaklah, ada juga hari yang saya skip (cheat day).
Saya makan banyak sayur-sayuran, ambil vitanim tambahan, makan protein yang banyak berbanding karbohidrat.
Pemakanan adalah perkara utama untuk kekalkan badan yang ideal, senaman nombor dua. Pada saya, tidak sukar untuk kekalkan ‘track’ saya dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Mierul berkata demikian ketika ditemui di majlis bertemu peminat bersama barisan pelakon Anak-Anak Mafia yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Mierul berkata, dia juga melakukan beberapa senaman untuk mengekalkan staminanya.
Saya tidaklah terlalu berdisiplin untuk pergi ‘gym’ setiap hari, tetapi saya akan cari masa untuk buat latihan dan kekalkan stamina.
Stamina itu saya perlukan untuk melakukan babak aksi dan kekalkan tenaga supaya mampu bertahan sepanjang di set penggambaran.
Dalam perkembangan terkini, Mierul antara pelakon yang membintangi drama Anak-Anak Mafia yang bakal ditayangkan di platform penstriman Tonton pada 12 Jun ini.
Selain Mierul, drama arahan Suhaimi Zulkfeli itu turut dibarisi Scha Elinnea, Fitri Farok, Fariz Isqandar dan Zhen Ning.








