Selepas melahirkan anak lelaki, Isaac Raees, pelakon Zahirah MacWilson dilihat kurang aktif dalam industri lakonan dan lebih memberi fokus kepada keluarga.
Artikel Berkaitan: Zahirah Macwilson Akui Tak Mudah Urus Rumah Tangga Sendiri, Nangis Sebab Penat Sangat – ‘Bukan Merengek Tetapi Sekadar Meluahkan Saja’
Tak nak bergantung dekat pembantu rumah
Ketika ditemui, Zahirah, 26, meluahkan hasrat untuk kembali aktif berlakon semula tetapi yang menjadi kesulitan apabila dia tidak mempunyai pembantu rumah dan menguruskan segalanya sendiri.
Kata Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol, dia merancang untuk meminta pertolongan ibunya, Maslinda Yusof untuk pulang ke Malaysia bagi menjaga Isaac yang kini berumur 11 bulan.
Isaac sekarang dah nak masuk 11 bulan dan sudah mula nak berjalan-jalan, bercakap serta berinteraksi dengan orang. Saya nak je berlakon semula, cuma tak ada orang nak jaga Isaac.
Sekarang ni saya menjaga Isaac dengan nenek di rumah. Saya juga sedang mencari pembantu rumah, sebab tak dapat nak buat semua benda.
Kalau dah jumpa nanti, mungkin saya akan cuba bawa Isaac bersama sebab tak mahu ia bergantung 100 peratus dengan pembantu rumah.
Insya-Allah bila sempadan negara dibuka semula, saya nak bawa ibu ke Malaysia untuk menjaga Isaac sekejap.
Zahirah berkata demikian semasa ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Hotel Royal Chulan The Curve, Damansara, pada Rabu.
Sementara itu, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza mendedahkan ‘rahsia’ dia kembali kurus seperti sebelum berkahwin adalah disebabkan terlalu sibuk menguruskan anak sulungnya. Kata Zahirah, dia tidak mengamalkan sebarang senaman dan diet, malah menggemari makan makanan yang manis.
Ramai yang ingat saya bersenam, tetapi sebenarnya tidak. Saya tak amalkan diet mahupun sebarang senaman. Saya makan je semua benda, yang manis-manis pula tu.
Rasanya kena jaga lepas ni takut kena kencing manis pula. Saya rasa jaga anak memang buat kita cepat turun berat badan sebab kadang-kadang sampai tak sempat nak makan.
Belum matang dalam lakonan
Bercerita mengenai FFM31, pelakon drama Curi-Curi Cinta akui berasa gementar apabila Bulan Dan Pria Terhebat tercalon dan itu adalah karya pertamanya untuk filem.
Saya sangat bangga dengan projek ini sebab kita shoot pada 2018 dan ditayangkan pada 2020, waktu itu tengah pandemik. Risau juga kalau tak dapat sambutan, tapi alhamdulillah dapat maklum balas yang baik daripada penonton.
Rasa nervous juga sebab ini merupakan kali pertama berlakon filem dan masih belum matang lagi dari segi lakonan. Saya tidak meletakkan apa-apa harapan untuk dicalonkan dalam mana-mana kategori tetapi bersyukur sekiranya ada.
FFM31 bakal berlangsung pada 10 Disember ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 dan Youtube Finas Malaysia.
Edisi kali ini, FFM31 mempertandingkan 22 kategori termasuk enam anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2, Anugerah Juri 3 dan Anugerah Box Office.
Pemenang Filem Terbaik akan memenangi trofi dan dana kandungan digital (DKD) berjumlah RM500,000. Manakala kategori lain akan memenangi trofi bersama wang tunai.
Sumber: Instagram @zahirahmacwilson