Foto: Harian Metro
Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam satu kejadian di Kampung Palekbang, Tumpat, semalam.
Maut digilis kereta api
Foto: Harian Metro
Mangsa dikatakan tidur di atas landasan tersebut sebelum dirempuh tren yang Ekspres Timuran yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Tumpat. Akibat rempuhan itu, kepala mangsa putus manakala anggota badannya turut hancur.
Menurut saksi iaitu Osman Mohd Yusof, 57, ketika kejadian dia yang sedang minum di kedai kopi berhampiran terdengar bunyi hon kereta api yang sangat kuat.
Kereta api itu dilihat berhenti secara mengejut. Saya terus menunggang motosikal menuju ke lokasi kereta api itu berhenti dan ternampak pemandunya turun dan saya bertanyakan apa yang berlaku
Pemandu itu memberitahu dia terlanggar seseorang dan saya segera menuju ke lokasi kira-kira 300 meter dari tren itu untuk melihat keadaan mangsa.
Badan berkecai, kepala putus
Foto: Harian Metro
Tambah Osman lagi, dia melihat tubuh mangsa sudah berkecai manakala kepalanya terpisah dari badan dan tercampak di luar landasan. Lebih mengerikan apabila cebisan daging dilihat melekat pada rel kereta api dan di merata-rata tempat.
Keadaan mangsa sangat mengerikan dan saya difahamkan sebahagian lagi anggota badannya terlekat di kepala tren dan dikutip pihak berkuasa di Stesen Keretapi Tumpat
Pakaian termasuk kain pelikat yang dipercayai dipakai mangsa turut tertanggal akibat rempuhan kuat itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.
Sumber: Harian Metro