berita

‘Badan Melecur, Jari Telunjuk Patah & Diugut Bunuh’ – Kakak Berang Adik Diperlakukan Seperti Haiwan

January 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Niat untuk menziarah ibu angkat di Kampung Sri Lumpur, Mersing, Johor, akhirnya bertukar menjadi satu tragedi buat seorang lelaki berusia 24 tahun apabila diugut bunuh, dibelasah dan disiram air panas oleh tiga lelaki berusia 20-an.

Menerusi laporan Harian Metro, sebahagian badan lelaki itu melecur dan jari telunjuk di sebelah kanannya patah ekoran kejadian itu. Kejamnya!

Dipaksa masuk ke bilik mandi

Menurut kakak mangsa yang dikenali sebagai Zubaidah, tiga lelaki yang melakukan perbuatan kejam tersebut berada di rumah sebelah ibu angkat adiknya. Mereka memaksa adiknya untuk menanggalkan baju dan seluar tanpa sebab dan penjelasan.

Adik juga dipaksa masuk ke dalam bilik mandi di rumah itu sebelum seorang lelaki dengan dibantu seorang rakannya mencurahkan air panas ke badannya. Adik saya turut dibelasah mereka berdua serta pasangan kekasih yang turut berada di dalam rumah itu.

Selepas membelasah adik saya dipercayai menggunakan objek keras, dia kemudiannya dipaksa menunggang motosikal miliknya ke Sungai Derhaka sambil salah seorang lelaki itu membawa sebilah parang serta mengugut untuk membunuhnya. Mujur adik saya panjang akal, sebaik sampai di sungai dan lelaki itu turun dari motosikal, dia terus memecut balik ke kampung sebelum dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Tambahnya, tragedi tersebut berlaku gara-gara adiknya tidak pernah dilihat di kampung tersebut. Zubaidah turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada hari Rabu yang iaitu selepas dua hari adik dirawat di hospital.

Tunggu aku viral

Menerusi Facebook, Zubaidah turut meluahkan perasaan sedihnya apabila adiknya diperlakukan seperti haiwan oleh ketiga-tiga suspek. Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi daripada netizen yang menyifatkan perbuatan itu sangat melampau dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing , pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan bakal dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Kesemua suspek tuurt diburu.

Sumber: Harian Metro & Zubaidah Jumaat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×