berita

Badan Penuh Darah & Dihurung Semut, Bayi Ditemui Dibuang Dalam Semak

November 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, kes pembuangan bayi dilihat semakin berleluasa dan sangat membimbangkan. Terbaru, menerusi laporan Sinar Harian, seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat telah ditemui di kawasan semak di Jalan Sidang Hassan Bukit Katil, Melaka.

Penuh darah, dihurung semut

Menurut sumber, kejadian itu disedari oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang berbasikal di kawasan berhampiran. Namun secara kebetulan juga, seorang wanita yang dikenali dengan nama Yuszida Hashim turut melalui kawasan tersebut dan melihat bayi lelaki itu masih berlumuran dengan darah.

Alangkah terkejutnya apabila melihat bayi berkenaan menangis dan keadaan tubuh badannya pada ketika itu sudah dihurung semut. Bukan itu sahaja, di belakang badan bayi malang itu juga dipenuhi dengan najis. Bimbang sesuatu berlaku, dia segera mengangkat bayi tersebut.

Menggigil dan menangis saya ketika melihat keadaan bayi itu, walaupun rasa serba salah lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik koronavirus (Covid-19) namun dalam fikiran saya ketika itu bayi itu perlu diselamatkan lebih-lebih lagi cuaca agak panas dan kakinya bercalar terkena lalang.

Bayi menerima rawatan

Menceritakan perkara itu, Yusniza percaya bahawa bayi tersebut baru sahaja ditinggalkan. Dia kemudian melaporkan kepada pihak polis berhubung penemuan tersebut.

Tadi masa saya lalu jalan ini untuk ke kedai kejadian, masih tiada apa-apa yang belaku, namun apabila patah balik memang tekejut ada bayi di semak dan saya terus menghubungi suami yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk beritahu kejadian itu.

Sementara itu, bayi berkenaan telah dimasukkan ke Wad Kanak-Kanak Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad memaklumkan kes masih disiasat di bawak Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×