berita

Badut Curi RM4.40 & Telefon Nokia Berdepan Hukuman Penjara 9 Tahun

January 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang penghibur jalanan berpakaian seperti badut di Bali, Indonesia yang didakwa mencuri wang sebanyak 15,000 rupiah (kira-kira RM4.40) daripada seorang penjual buah-buahan mengundang padah apabila dia bakal dikenakan hukuman penjara selama sembilan tahun.

Gara-gara RM4.40

Foto: Kumparan

Memetik laporan media tempatan, suspek yang berusia 25 tahun dikenali sebagai FS dikatakan terdesak mendapatkan wang bagi meninggalkan Pulau Bali sebelum pulang ke kampung halamannya yang terletak di Jawa Timur.

Difahamkan, lelaki ini bertindak sedemikian rupa berikutan pendapatannya yang terjejas dek pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Dia berasakan pendapatannya sebagai penghibur jalanan semakin merudum sejak pandemik Covid-19 melanda pulau pelancongan ini.

Ujar Ketua Polis Jembrana, Dewa Gde Juliana suspek dipercayai terdesak mencari wang sehingga sanggup mencuri RM4.40 dan sebuah telefon bimbit jenama Nokia daripada seorang peniaga wanita yang menjual buah-buahan.

Suspek terdesak

Foto: Kumparan

Difahamkan, ketika kejadian suspek dikatakan berpura-pura membeli buah sebelum bertindak memukul kepala mangsa menggunakan batu sebanyak dua kali.

Kini, suspek didakwa melakukan kesalahan di bawah Kanun Jenayah (KUHP) yang membawa hukuman maksimum penjara 9 tahun.

Sumber: Kumparan

SKIP THIS AD ×