berita

Bagai Le Tour De Langkawi, Individu Berbasikal Tengah ‘Highway’ Undang Kecaman Netizen

December 10th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Selepas viral foto sekumpulan penunggang basikal memanjat bulatan Elmina yang terletak di Selangor tempoh hari, orang ramai seakan mula meluat melihat aksi ‘geng basikal’ ini yang didakwa semakin keterlaluan.

Artikel Berkaitan: Panjat, Bergambar Atas Roundabout Elmina, Netizen Mula Meluat Tengok Gelagat Geng Basikal

Belum reda isu itu, muncul pula foto seorang penunggang basikal yang dikatakan menaiki basikal di tengah jalan raya sehingga membahayakan keselamatan sendiri dan pengguna lain. Kejadian yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Persekutuan berhampiran RTM itu mengundang reaksi kurang senang dari netizen.

Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang, dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Netizen berang penunggang basikal pentingkan diri sendiri

Sejak viral di media sosial sejak pagi tadi, kebanyakan orang ramai menzahirkan rasa marah akan tindakan penunggang basikal tersebut yang dikatakan mementingkan diri sendiri. Bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, namun penunggang basikal itu turut membahayakan nyawa orang lain yang turut berada di atas lebuhraya jika berlaku kemalangan.

Sebelum ini terdapat juga beberapa kejadian seakan sama yang turut dikongsi oleh orang ramai akan pengalaman terjumpa sekumpulan basikal di tengah jalan. Namun, netizen turut mencadangkan supaya lesen berbasikal diperkenalkan untuk ‘mendidik’ penunggang basikal yang tak berhemah.

Akan dikenakan tindakan undang-undang

Sekadar gambar hiasan

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu status yang dimuat naik di Facebook September lalu, mereka yang mengingkari larangan berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia, namun anda dinasihatkan supaya mematuhi larangan berbasikal di lebuh raya. Sekiranya anda ingkar, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan tertentu.

Jika sabit kesalahan bagi Seksyen 70 APJ 1987, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya. Manakala bagi Seksyen 79(2) akta sama pula memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000.

Sumber: PDRM.

SKIP THIS AD ×