Anda semua tahu bahawa bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Sebab tu ramai ibu bapa yang rasa tidak senang jika saudara atau rakan-rakan yang cium, gomol gomol anak mereka. Bukannya tak bagi, tapi ada sebab mengapa mereka rasa macam tu.
Macam kes yang berlaku pada ibu kepada seorang bayi perempuan ni. Sehari selepas majlis hari lahir anaknya yang ke-2, muka anaknya mula kelihatan ruam, kemerah-merahan dan berkudis. Sehinggakan baju yang dipakai anaknya darah merata-rata. Lepas berjumpa dengan doktor, ini sebabnya..
Bagaikan seperti ada orang baling asid
Insiden yang mengerikan ni berlaku kepada bayi kecil, Sienna Duffield. Segalanya bermula sehari selepas sambutan hari lahirnya yang ke-2 apabila ibunya, Savina French-Bell perasan ada ruam di bahagian muka anaknya. Ia mengambil selama 8 bulan sebelum doktor memberitahu punca sebenar kenapa muka anaknya jadi teruk macam tu.
Ia bagaikan seseorang membaling acid di muka anak saya, ia menular dari bahagian mulut hingga bahagian pipi, dan juga di bahagian atas matanya.
Sehingga baju ada tompokan darah.
Doktor juga tak tahu punca datang dari mana sehingga lah..
Orang yang mencium anaknya ada penyakit herpes
Rupa-rupanya saudara yang mencium anaknya itu ada penyakit herpes. Herpes ini salah satu daripada jenis penyakit kulit. Anaknya telah menghidap penyakit herpes simplex virus type 1. Akhirnya, baru lah doktor tahu bagaimana mahu merawat penyakit tersebut.
Sejak beberapa bulan ini, muka Sienna nampak sangat baik dan penyakit ruam itu sudah tak menghantuinya. Ia mungkin akan kembali balik, tapi harap-harap perkara itu tidak akan berlaku lagi dan semoga kulit mukanya baik seperti sekarang ni. Rasa sangat gembira kerana saya dapat membawa anak saya keluar tanpa memikirkan kata-kata negatif orang ramai.
Savina memberi nasihat kepada ibu bapa diluar sana supaya jangan biar orang lain mencium bayi kecil. Katanya perkara buruk boleh berlaku tanpa diduga dan kulit anak kecil sangat sensitif.