berita

‘Bagaikan Medan Terjun Bangunan’ -Sisi Gelap Kilang Foxconn Yang Ramai Tak Tahu

December 24th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Tidak dinafikan, syarikat Apple merupakan antara barangan elektronik yang popular di kalangan ramai. Walaupun harganya lebih tinggi berbanding jenama lain, namun kualitinya yang tinggi sering menjadi pilihan pengguna.

Terbaru, seorang pengguna twitter kongsi sisi gelap sebalik kejayaan kilang pembekal utamanya iaitu Faxcoon yang beroperasi di China. Dakwanya ramai pekerja yang derita untuk menghasilkan sebuah barangan elektronik. Sedih pula baca!

Berkembang menguasai industri eletronik dunia

Menurut individu ini, kilang Foxconn merupakan antara kilang yang agak terkenal dalam menghasilkan barangan elektronik yang berkualiti tinggi. Boleh dikatakan kilang ini antara berjaya berkembang menguasai industri elektronik dunia.

Pekerja 450 ribu dan ada kawalan ketat

Kilang ini mempunyai bandarnya tersendiri yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sektor sektor awam seperti balai bomba. Bayangkan kilang ini bagaikan sebuah bandar baru di daerah itu.

Namun apa yang menyedihkan apabila pekerja tidak dilayan seperti manusia apabila mereka dikerah tenaga kerja dengan bayaran tidak setimpal.

15 orang bunuh diri tertekan

Ekoran tekanan dihadapi, pekerja-pekerja di kilang ini sering dilanda kemurungan serius sehinggakan kes bunuh diri merupakan perkara biasa. Bayangkan sehingga pihak pengurusan kilang terpaksa memasang jaring pada bangunan.

Banyak sisi gelap kilang

Perkara ini bukanlah perkara baru kerana terdapat beberapa sumber luar negara seperti yang dikhabarkan di portal Theguardian dimana syarikat ini sememangnya tidak menjaga kebajikan pekerja. Malah terdapat banyak kes dimana pekerja pekerja bukan sahaja dilayan teruk malah dikawal ketat seperti banduan.

Kawasan kilang ini ditubuhkan secara sah dengan kelulusan negara China. Segala pelanggaran undang akan dikenakan hukuman berat dan terus dihantar ke pihak polis untuk pendakwaan.

Ibarat latihan askar China

Menurut portal tersebut juga, seorang wartawan Reuters pernah diseret keluar dari kereta dan dipukul untuk mengambil gambar dari luar dinding kilang. Kilang itu dikatakan ibarat kem latihan tentera kerana ianya lebih agresif daripada itu.

Ia bukan tempat yang baik untuk manusia.

Manakala menurut seorang bekas pekerja, dia telah bekerja selama setahun dan tidak pernah ada perubahan walaupun sudah banyak media yang membuat liputan mengenai perkata ini. Tambahnya, kerja yang dilakukan memberi tekanan yang sangat tinggi kerana terpaksa bekerja sehingga 12 jam tanpa rehat.

Sumber : Kamarul Afiq

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×