berita

Bagaimana Agaknya ‘Monster’ Comel Ini Dapat Selesaikan Masalah Korang Di Jalan Raya Setiap Hari!

January 3rd, 2017 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

monster-truck-1

Dulu-dulu, masa belum boleh memandu kereta, sibuklah kumpul duit nak ambil lesen cepat-cepat dengan sangkaan bahawa driving ni best.  Malangnya, bila dah dapat lesen, jadi makin malas lak nak drive. Ada je problem di jalan raya yang kena hadap hari-hari.

Eh, tapi kan admin rasa ‘monster’ comel ni sangat membantu kalau korang nak perjalanan korang seharian berjalan lancar tanpa gangguan. Macamana pula ‘monster’ ini boleh membantu ya?

1. Boleh elak tol, elak jammed!

monster-truck-2

Umumnya, jalan raya di Malaysia mempunyai 2 masalah paling utama iaitu traffic jammed dan tol! Paling sakit hati bila dah bayar duit tol pun masih kena lalu jalan yang sesak! Apa kes?

So, kami rasa ‘monster’ comel ini sudah pasti amat membantu dalam 2 situasi ini. Mana taknya, lompat je palang tol tu dan boleh jalan atas kereta lain. Kikiki. Selesai masalah!

2. Pencuri pun takut nak ‘try’. LOLS.

monster-truck-3

Sudah pasti ramai yang berkerjaya sebagai pencuri kereta kena mula pencarian kerjaya lain jika ‘monster’ comel ini wujud! Mana taknya, mahu ada yang kena lenyek hidup-hidup nanti. Huhu!

3. Saman? Meh sini ‘monster’ tolong makankan!monster-2

Mungkin juga lepas ni korang akan dapat kurang saman parking, saman speedtrap dan sebagainya…Tahniah!

4. Parking tiada masalah dengan adanya ‘monster’ ni sebab…

monster-4

Tak perlu susah hati nak cari parking, lebih-lebih lagi kalau pergi tempat yang super pack! Well, ‘monster’ ni kan boleh gerak sendiri. Hehe.

5. Takde BF/GF nak ajak bersembang? ‘Monster’ kan ada!

lonely

Bagi kes-kes khas seperti ‘forever alone’ team, ‘monster’ ini sudah pasti bakal jadi peneman paling setia dan juga paling fun untuk travel bersama-sama.

6. Jimat kos repair kereta. Wow! Bagus.

screen-shot-2016-12-23-at-11-26-11-am

Dah tak perlu fikir pasal duit repair kereta, maintenance dan sebagainya bila korang ada ‘monster’ comel ni. Jimat banyak tu!

Eh, apa dia sebenarnya ‘monster’ comel yang sangat membantu ni? Monster Truck la jawapannya!

Mungkin ‘monster’ comel ini tak akan wujud dalam kehidupan sebenar korang. Tapi, apa yang pasti korang boleh tengok ‘monster’ comel ini beraksi dalam filem Monster Truck yang akan mula ditayangkan di pawagam mulai 12 Januari ini.

Antara pelakon-pelakon yang beraksi dalam filem ini ialah Lucas Till, Jane Levy, Barry Pepper, Amy Ryan, Rob Lowe, Danny Glover, Thomas Lennon dan Holt McCallany. So, jom ramai-ramao hiburkan hati korang dengan gelagat Monster Truck ni nanti!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×