berita

Bagaimana Nak Tackle Hati Bakal Ibu Bapa Mertua? Da’i Wan Kongsi Tips Supaya Mereka ‘Cair’

April 25th, 2018 | by Ash Nordin
Lensa Insta

Wan Dazrin atau Da’i Wan baru-baru ini selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya. Tetapi dia akui bahawa sebelum ingin mengahwini seseorang, perkara yang hadir di fikirannya adalah sama ada boleh atau tidak dia memenangi hati ibu serta bapa mertua. Khas untuk lelaki di luar sana, Dai’ Wan ada beberapa tips yang ingin dikongsikan supaya dapat diguna pakai supaya bakal ibu bapa mertua ‘cair’ dengan kita.

Selalu risau boleh atau tidak nak tawan hati bakal ibu dan ayah mertua

Dulu saya selalu risau boleh ke nak tawan hati bakal ibu dan ayah mertua saya? Senantiasa ingat pesan bonda saya, datang ziarah bawa sikit buah tangan. Jangan tangan kosong. Setiap kali saya ceramah di belah utara, saya akan diberikan driver peribadi oleh pihak penganjur. Terima kasih sangat2 pada pihak penganjur yang cukup baik dan sempurna layanan mereka untuk saya selama ini. Saya akan hargai dan kenanginya sampai bila2. Berbalik pada luahan hati saya tadi, kita sambung semula, haha, saya selalulah pi shopping dengan driver2 peribadi tu sekali mncari buah tangan, dan saya pun ambil peluang, minta mereka ‘Drop by’ di rumah bakal mertua saya. Ingat lagi, kali yang pertama, punya ‘Nervous’ nak bawa apa lagi ni, nanti mereka suka ke tak? Saya punya risau tu sekali saya pi bagi semua apa yang ada dengan saya, dengan botol2 air mineral yang ceramah semalam tu pun saya bagi, haha. Depa pakat dok gelak laa. (Cakap Kedah nampak, Da’i Wan ?).

Tapi saya nak bagitahu sesuatu, khusus buat laki2, kalau nak tawan hati bakal mertua, senantiasalah hadir membawa mood yang ceria bila berhadapan mereka, walaupun kita begitu kepenatan kerana seharian berurusan. Anggap mereka sebagai ayah & ibu kita kerana di situ kunci utk menawan hati si dia, bakal isteri kita juga. #eh . Ingat yang laki2, bila kita mengahwini seorang perempuan ketahuilah kita juga mengahwini seluruh ahli keluarganya. Tanggung jawab isteri kita pada keluarga dia menjadi sebahagian dari tanggung jawab kita juga. Ingat, perkahwinan adalah sebuah ibadah, yang mendatangkan jutaan pahala dan rezeki padanya. Dengan itu, saya perkenalkan: Al Fadhil Ust Mohd Zamzari Bin Salleh & Pn Sa’iroh Bt Mat Hashim adalah nama bakal mertua yang saya telah mula menyayangi mereka kerana Allah swt hari ini.

Yang benar, bakal menantu-Da’i Wan.

Selamat diijabkabul

Saya masih tidak percaya, kerna hari ini ada sepasang tangan yang halal untuk saya pegang. Kerana dulu, dalam setiap langkah saya. Guru-guru selalu memesan untuk tundukkan pandangan & jagakan hati dari nafsu jahat bila berkaitan dengan perihal wanita. Lama saya pertahankan ia. Dulu selalu saya cemburu melihat laki-laki dan wanita di Shopping Complex contohnya, berjalan, berpimpingan tangan, dan berbual bergelak ketawa sesama mereka. Saya lihat semua while saya berjalan seorang diri. Saya kata pada diri. ‘Tak pe lah, belum tibanya lagi waktu untuk aku memegang tangan seorang perempuan apatah lagi nak menggalas segala tanggung jawab abah dia’. Hari ini, mungkin Allah tahu saya telah cukup bersedia untuk aturan-Nya. Maka Dia izinkan saya memegang tangan seorang perempuan dan perempuan itu adalah @syahirah_zamzari .

Dengan tanggung jawab yg diberi oleh Allah melalui redha Abahnya. Akan saya pegang tangan yang bersalaman dgn saya di atas dan tidak lagi saya akan lepaskannya. Biarlah tgn dia, tgn yg berjodoh panjang dgn saya hinggalah ke Syurga-Nya dihari akhirat nanti. Semoga kami menjadi pasangan yang bawa contoh kedamaian & ketenangan hidup berumah tangga buat kalian semua. InshaaAllah, kami akan cuba yang terbaik untuk menjadi pasangan yang memandu dengan agama dalam menuju ke jalan-Nya. Doakan kami. Jangan putus-putus doakan kami.

Sumber: Instagram Wan Dazrin

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×