berita

Bagaimana Pakcik Ini Kumpul RM1 Sehari Sehingga Dapat Ke Mekah

August 20th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

haji

Kami pasti sebagai seorang Muslim, setiap daripada kita mesti ingin pasang impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Tapi biasa lah, mungkin antara kita yang masih tiada rezeki untuk ke sana atas faktor wang ringgit dan juga masa. Yang berkemampuan tu, Alhamdulillah kerana dapat ke sana.

Kali ni kami nak kongsi kisah seorang pakcik yang memasang impian ke tanah suci Mekah dari usia muda lagi. Dengan gaji yang tak seberapa, akhirnya impian pakcik dan isterinya tercapai juga. Jika semuanya berjalan lancar, mereka akan bertolak ke Mekah pada September ni.

Formulanya, simpan RM1 sehari!

Screen Shot 2015-08-20 at 12.12.47 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Pakcik yang bernama Kuput ni cerita ia semuanya bermula pada tahun 1973 di mana dia menyimpan melalui potongan gaji sebanyak RM30 sebulan atau RM1 sehari di Tabung Haji. Akhirnya selepas 31 tahun menyimpan, duit simpanan pakcik Kuput dah boleh melayakkan untuk ke Mekah.

Ketika itu pak cik baru tamat rekrut askar dengan gaji cuma RM700. Masa itu pihak kem yang uruskan untuk potongan gaji ke Tabung Haji dan pak cik setuju saja buat potongan RM30 sebulan mengambil kira seringgit sehari.

Masa tu terfikir juga, dengan RM30 tu saja, boleh cukupkah nak buat tambang pergi haji bila pencen nanti.

Tapi betullah… sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Cukup perkhidmatan pak cik selama 31 tahun dan bersara, duit dalam Tabung Haji sudah lebih RM10,000. Memang cukup untuk tambang pergi haji.

Duit ke Haji cukup atas bantuan anak-anak juga

Screen Shot 2015-08-20 at 11.58.57 AM

(Sumber foto: Sinar Harian)

Pakcik Kuput berkata walaupun wang dah cukup, tapi ketika itu dia belum mendaftar haji lagi dan duit simpanan tu hanya cukup untuk dia seorang sahaja. Wang simpanan isteri di Tabung Haji masih belum mencukupi.

Masa tu, anak-anak masih belajar di universiti. Jadi pak cik buat kerja bawa teksi. Lagipun duit tu cukup untuk tambang pak cik seorang je, mak cik (isteri) punya belum ada.

Tahun 2007, kami daftar haji dan sepatutnya ke tanah suci pada tahun 2016. Masa itu duit Tabung Haji mak cik belum ada lagi, tapi kami nekad daftar haji dan berazam untuk mencukupkannya.

Akhirnya, duit Tabung Haji mak cik cukup atas bantuan anak-anak yang bagi setiap bulan.

Dah 4 kali pergi kursus Haji, akhirnya dapat surat tawaran

Screen Shot 2015-08-20 at 12.11.58 PM

(Sekadar gambar hiasan)

Untuk mencapai sesuatu impian bukannya mudah. Macam-macam dugaan dan rintangan yang harus dilalui pakcik Kuput ni.

Sejak 2011, sudah empat kali kami pergi kursus haji dan akhirnya akhir tahun lepas kami dapat surat tawaran pergi haji.

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum raya (Aidilfitri) lalu, masa itu pak cik tengah tolong mak cik masak rendang di dapur, orang Tabung Haji telefon suruh datang sana. Katanya ada surprise.

Kami matikan api dan tutup rendang yang belum masak itu, terus ke Tabung Haji. Sampai sana, pegawai beritahu kami dah ada tarikh penerbangan.

Ingin buat yang terbaik, peluang bukan datang sekali

Screen Shot 2015-08-20 at 12.16.12 PM

Sedar dengan peluang yang hadir, pasangan ini berazam untuk buat yang terbaik sepanjang menjalani ibadah di Mekah nanti.

Insya-ALLAH kami nak buat yang terbaik kerana peluang ni tak semua orang dapat. Lagipun, untuk pergi kali kedua, kami sudah tak mampu. Takkan nak tunggu sampai 31 tahun lagi, kumpul duit RM30 sebulan.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×