berita

5 Sebab September Anda Confirm Lebih Gempak & ‘Cool’ Bila Sertai Pesta Harapan Malaysia!

September 5th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

September ini merupakan bulan yang sangat istimewa kerana rakyat Malaysia akan meraikan beberapa peristiwa penting iaitu Hari Malaysia, Awal Muharram serta Hari Kelahiran Yang Di-Pertuan Agong. Kami pasti ramai di antara anda sudah memohon cuti dan mengatur aktiviti bersama rakan serta keluarga. Bagi anda yang masih belum ada perancangan, apa kata sertai Pesta Harapan Malaysia 2018 anjuran Event@Kini.

Event ni akan bermula pada 15 hingga 27 September 2018 dan akan berlangsung di beberapa lokasi yang berbeza. Jadi apa istimewanya festival ini? Adakah ia sama seperti festival lain yang pernah dianjurkan di Malaysia? Apakah tujuan utama Pesta Harapan Malaysia 2018 ini? Ini jawapannya!

Semestinya ada konsert! Rai Hari Malaysia bersama

Sesuatu festival itu tidak sah jika tiada persembahan dari artis-artis hebat tanah air. Jadi di Pesta Harapan Malaysia 2018 ini, pengunjung akan disajikan dengan kelibat penyanyi terkenal seperti Sufian Suhaimi, Bunkface, Jaclyn Victor dan Estranged.

Lagi satu berita baik, konsert ‘Malaysia Day Countdown Unity Concert’ itu tidak tertumpu kepada satu genre sahaja. Malah artis seperti Soo Wincci, Bing Yen dan Kavin Jay turut sama akan memeriahkan majlis. Jadi dimana konsert ini akan berlangsung dan jam berapa?

Konsert akan diadakan di Padang Timur, PJ pada 15 September 2018 dari jam 5 petang hingga 12 malam. Sambil layan konsert, anda boleh tunggu hingga detik 12 malam untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September 2018.

Lari bertemankan cahaya lampu LED, confirm meriah!

Apa plan anda lepas raikan Hari Malaysia di ‘Malaysia Day Countdown Unity Concert’ ? Haa, bagi anda yang aktif bersukan, ada satu lagi aktiviti menarik untuk anda sertai, iaitu Harapan Run. Lokasi larian masih di tempat yang sama iaitu di Padang Timur, PJ dan akan bermula pada 12 malam.

Apa yang menariknya larian ini adalah kerana ia bertemakan cahaya LED dimana peserta akan diberi beberapa aksesori yang menarik seperti cermin mata LED, gelang LED dimana kesemua aksesori itu akan digunakan pada semasa larian nanti. Pendaftaran untuk larian ini telah pun ditutup. Tak tak apa, korang masih boleh pergi dan beri semangat kepada rakan-rakan atau keluarga yang dah register!

Tiga design t-shirt rasmi Harapan Run 2018 yang bakal anda perolehi.

Aksesori-aksesori untuk semua peserta Harapan Run.

Peluang anda untuk jadi ‘jutawan’!

Tahukah anda permainan e-sports game seperti Dota, CS GO dan Starhill kini menjadi fenomena dikalangan anak-anak muda? Malah kebanyakan remaja di luar negara menjadikan permainan ini sebagai karier tetap mereka. Apakah sebabnya? Ia kerana pertandingan seperti ini akan menawarkan hadiah berupa wang lumayan.

Ingin join pertandingan ini tetapi tidak tahu bagaimana? Apa kata gamers di luar sana sertai World Electronic Sports Game (WESG) yang akan berlangsung di Quill City Mall pada 21 hingga 23 September 2018. Pertandingan anjuran Ali Baba Group ini akan menawarkan hadiah bernilai 5.5 juta USD. Banyaknya!

Jika anda berminat untuk sertai pertandingan, klik link ini untuk info lanjut.

Peluang untuk anak muda bersuara, beri pendapat

Penglibatan anak-anak muda kini sangat penting dalam pembangunan Malaysia. Jadi, Pesta Harapan 2018 turut mengadakan sesi Voice For Nature Building dimana belia diluar sana boleh dengar, berbincang dan memberi pendapat tentang isu semasa atau memberi idea bagaimana untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur.

Kami pasti ramai diluar sana ingin kan peluang sebegini untuk menyuarakan pendapat mereka. Jika anda berminat, penyertaan ini juga dibuka secara percuma! Sesi ini akan diadakan di Universiti Malaya, Dewan Tunku Kaunselor pada 27 September 2018.

Sertai kelas dengan harga serendah RM39. Mana nak dapat?

Selain aktiviti-aktiviti menarik yang kami senaraikan di atas, anda juga berpeluang untuk sertai kelas Ali Baba- MalaysiaKini Entrepreneurship Summit dengan harga serendah RM39 bagi kategori silver. Apa yang istimewanya mengenai sesi ini? Anda boleh mengetahui lebih mendalam mengenai perniagaan e-commerce.

Sesi khas ini juga akan disertai oleh usahawan serta pemilik bisnes berjaya dalam bidang perniagaan online. Kelas ini akan diadakan di Palace of Golden Horses, pada 25 hingga 26 September jam 9 pagi hingga 6 petang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sesi dan tentatif program, anda boleh klik di link ini.

Jadi, tunggu apa lagi? Kami sudah kongsikan idea yang best untuk anda lakukan sepanjang 15 hingga 27 September 2018 ini. Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan lagi festival ini. Jumpa anda di sana!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×