Manusia manakah yang tidak geram apabila majlis yang bakal berlangsung menghadapi masalah terutama soal makanan. Seorang pengguna Facebook, Huzairul Fixe Logy, meluahkan rasa tidak puas hati apabila majlis akikah anaknya terpaksa ditunda gara-gara pemilik katering mendakwa dirinya ditangkap polis. Selepas disiasat, rupanya ‘drama’ ditangkap polis tidak benar!
Aku akan cari sampai dapat
Menurut Huzairul, dua hari sebelum majlis akikah anaknya, pemilik katering tersebut meminta untuk menunda majlis itu disebabkan dirinya ditangkap polis. Alasan yang diberikan ketika itu, dipenjara sehingga hari Isnin di Johor atas kesalahan pekerja-pekerja tiada permit yang sah. Apabila disoal mengenai lokasi balai, pemilik tersebut terus memberitahu bahawa dirinya sudah dibebaskan. Curiga dengan sikap yang ditunjukkan, Huzairul memeriksa mengenai hal tersebut lalu mendapati pemilik itu sudah menipunya.
Tambahnya, selepas mendapati ada perkara yang tidak kena, dia memaksa individu tersebut memulangkan wangnya semula. Namun, pelbagai alasan telah diberikan, malah individu tersebut merayu dan cuba menyakinkan bahawa dirinya tidak bersalah. Huzairul turut memberitahu bahawa bukan dirinya sahaja ditipu, vendor khemah dan katering yang lain turut menjadi mangsa yang sama.
Block dekat Whatsapp
Pemilik tersebut menyekat Whatsapp Huzairil selepas perbuatannya berjaya dihidu. Disebabkan nombornya disekat, Huzairil membuat laporan polis mengenai kes penipuan yang dilakukan pemilik katering tersebut. Kini, dia berserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan undang-undnag terhadap pemilik katering tersebut.
Sumber: Huzairul Fixe Logy