berita

Bagi Anak Makanan Basi & Ke Sekolah Dengan Baju Tak Dicuci Untuk Jimat Elektrik

May 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Angka kanak-kanak jatuh sakit akibat keracunan makanan di Britain meningkat angkara tindakan segelintir ibu bapa yang bertindak menutup suis peti sejuk pada waktu malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Kos sara hidup jadi tekanan

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Metro UK, organisasi kebajikan, Truro Food Bank mendakwa banyak kes melaporkan kanak-kanak mengalami sakit perut kerana memakan makanan basi yang dibiarkan dalam peti sejuk tanpa elektrik.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kejadian di mana kanak-kanak pergi ke sekolah dengan pakaian yang tidak dicuci kerana ada ibu bapa yang bermati-matian ingin menjimatkan penggunaan tenaga.

Tambah kakitangan di bank makanan itu, derma masyarakat kepada badan kebajikan kian menurun dan permintaan untuk makanan pula meningkat, sekali gus memberi tekanan kepada masyarakat berpendapatan rendah.

Pengurus Truro Food Bank, Simon Fann memberitahu, pihaknya mula menerima laporan kes kanak-kanak mengalami sakit perut, serta lebih teruk lagi, keracunan makanan sejak akhir-akhir ini akibat ibu bapa yang menutup suis peti sejuk pada waktu malam.

Tahap keperluan makanan semakin meningkat dan mengatasi derma yang kami peroleh pada masa ini.

Itu mungkin menunjukkan bahawa orang yang biasanya mampu menderma kini bergelut bagi memastikan bekalan makanan mereka sendiri mencukupi.

Dianggarkan setengah juta kanak-kanak Britain akan berada dalam ‘kemiskinan mutlak’ menjelang akhir tahun ini kerana tahap gaji minimum yang bergelut untuk bersaing dengan rekod paras inflasi.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×