berita

Bagi ‘Goodies Bag’ Ada Mi Segera Perisa Daging Babi, Penganjur Program Derma Darah Mohon Maaf

June 29th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Facebook

Susulan daripada memberi beg cenderahati berisi mi segera berperisa daging babi cincang di pusat beli-belah, penganjur program derma darah tampil memohon maaf kepada orang ramai.

Tampil mohon maaf

Foto: Berita Harian

Pengerusi jawatankuasa pengelola program, Lou Kok Meng, menerusi laporan Berita Harian, menjelaskan perkara tersebut tidak disengajakan dan pihaknya akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang berlaku.

Pihak penganjur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Wakil daripada kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah menjelaskan pihaknya telah menerima laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai insiden tersebut semalam.

Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×