berita

Bagi Menyediakan Kandungan & Perkhidmatan 5G Yang Terbaik Di Malaysia, Celcom Jalin Kerjasama Dengan LG Uplus & Media Prima

October 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Celcom Axiata Berhad (Celcom) hari ini mengumumkan kerjasama eksklusif bersama LG Uplus Corp, syarikat peranti mudah alih Korea Selatan di bawah naungan LG Corporation, serta kumpulan media integrasi utama Malaysia, Media Prima Berhad, bagi meneroka potensi kandungan dan perkhidmatan 5G yang merangkumi teknologi VR dan AR untuk pengguna Malaysia.

Dengan peningkatan pengstriman video untuk pelbagai gaya hidup di kalangan rakyat Malaysia hari ini, kerjasama Celcom bersama LG Uplus dan Media Prima bertujuan untuk menyediakan kandungan hiburan digital dari Korea serta kandungan tempatan seperti vlog kembara dengan menggunakan teknologi VR / AR dan perkhidmatan 5G.

Akhir tahun 2021

Melalui manfaat teknologi 5G dengan kapasiti rangkaian yang lebih besar, pengguna dapat menikmati kelajuan lebih pantas serta kadar kependaman yang lebih rendah. Setakat ini, Celcom telah bersedia untuk membina ekosistem kandungan 5G Malaysia yang berfokus kepada hiburan, permainan atas talian, pendidikan dan produktiviti. Perkhidmatan 5G dijadualkan bakal tersedia di Malaysia pada akhir 2021. Oleh itu, Celcom ingin bekerjasama dengan lebih banyak peneraju teknologi bagi meneroka dan menempatkan produk 5G dengan perkhidmatan yang merangkumi pelan mudah alih 5G, peranti 5G dan pelan kediaman 5G.

LG UPlus Corp, pengendali telekomunikasi utama Korea Selatan telah memperkenalkan perkhidmatan 5G pertama di dunia pada bulan Disember 2018. Sebagai sebuah syarikat peranti mudah alih di era 5G, LG Uplus telah banyak melabur untuk membangun perkhidmatan kandungan 5G yang menarik melalui rangkaian generasi berikut, yang memberi kependaman rendah dan 20 kali lebih pantas daripada LTE. LG Uplus terus mendahului usaha memperkasa ekosistem 5G melalui variasi kandungan dan juga pelaburan yang digunakan untuk pelbagai kandungan termasuk hiburan, pendidikan, latihan dan permainan di rumah. LG Uplus juga giat untuk mengeksport kandungan berasaskan rangkaian 5G dan pengetahuan teknologi kepada operator luar negara untuk memastikan model perniagaan dan kewujudannya adalah lebih kompetitif.

Celcom telah menjalankan lebih daripada 40 kes kegunaan 5G yang melibatkan pelbagai sektor industri dan perusahaan, untuk membolehkan Celcom mengkaji dengan lebih baik bagaimana teknologi 5G dapat digunapakai sebagai suatu penyelesaian, melaksanakan aplikasi digital, dan perkhidmatan untuk pengguna. Celcom akan berkolaborasi dengan LG Uplus dan Media Prima dalam menyediakan aplikasi 5G dan pengalaman digital, kerana kami percaya kerjasama dengan pelbagai industri adalah penting dalam mencapai kesalinghubungan konvergen.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi, kerjasama Celcom bersama LG Uplus dan Media Prima memperlihatkan kesungguhan Celcom untuk menyampaikan kandungan dan perkhidmatan 5G yang merangkumi kandungan tempatan dan antarabangsa kepada pengguna Malaysia kami.

Media Prima sentiasa berusaha

Menurut Pengarah Urusan, Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, Media Prima amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Celcom dalam projek ini. 5G sememangnya akan membawa pembaharuan dalam penyediaan kesalinghubungan dan kandungan.

Ia akan mengubah maklumat serta tahap kecekapan, bukan hanya bagi kediaman, malah bagi perniagaan juga. Kami di Media Prima sentiasa berusaha untuk melangkaui tahap berikutnya, dan kami sangat teruja untuk memperkenalkan kaedah baru dan inovatif untuk pelanggan menikmati kandungan kami. Ini adalah masa untuk meraikan kandungan berkualiti untuk masyarakat, dan kesalinghubungan tanpa sempadan untuk seluruh rakyat Malaysia dan untuk generasi yang akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden, Perkhidmatan XR, LG UPlus Corp, Yoon Ho Choi berkata banyak negara telah mengkomersialkan rangkaian 5G, dan mempertingkat peluang dalam memperluas ekosistem 5G. Oleh itu, pihaknya sangat gembira untuk bekerjasama dengan peneraju industri telekomunikasi di Malaysia dan memberi akses kepada kandungan LG UPlus.

Selepas Celcom melancarkan perkhidmatan 5G, kami menjangka untuk memberikan perkhidmatan kandungan 5G yang berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna dan membolehkan mereka menikmati kepelbagaian kandungan hiburan VR dan AR yang mewah daripada LG UPlus. LG UPlus telah mencipta kegilaan hiburan VR dan AR di Korea Selatan, dan kami berharap trend ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan membolehkan pengguna menikmati pengalaman digital
berasaskan 5G.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×