Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki bergelar suami di Indonesia mengeluh kerana isterinya dikatakan cuma menghidangkan lauk tauge selama sebulan berturut-turut.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Dipukul Masa Hamil, Kepala Dipijak & Perut Ditendang Bekas Suami & Keluarga’
Artikel Berkaitan: 2 Kali Hamilkan Anak Dara Orang, Pemuda Minta Masa Fikir Sebelum Bertanggungjawab
Nafkah RM100 sebulan
Sekadar gambar hiasan
Luahan daripada lelaki terbabit dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Meisya Jasmyn. Difahamkan, lelaki terbabit terkilan kerana hanya dihidangkan lauk yang sama setiap hari sedangkan dia sudah memberi nafkah khas kepada isterinya RM100 untuk perbelanjaan barang basah selama sebulan. Tambahnya lagi, keperluan lain seperti minyak, beras dan tong gas pula sudah disediakan.
Patut ke seorang suami yang dah berjuang mencari nafkah hanya dihidangkan sayur tauge setiap hari?
Saya beri RM100 sebulan. Tak perlu beli bedak atau alat solek sebab saya tak suka. Dari awal nikah, mak dah pesan jangan bagi isteri duit untuk berdandan. Kerana ia boleh menjurus kepada bibit-bibit perselingkuhan.
Mahukan penjelasan, si suami bertanya kepada isterinya. Wanita terbabit dengan nada yang marah memberitahu bahawa wang yang diberikan si suami tidak mencukupi untuk membeli barang basah yang lain seperti daging, ayam, ikan dan sebagainya.
Akan tetapi, si suami masih bertegas dan yakin bahawa wang RM100 itu mencukupi untuk makan minum mereka berdua memandangkan mereka masih belum dikurniakan zuriat.
Difahamkan, pada awalnya lelaki ini mahu menceraikan isterinya seperti yang diarahkan si ibu tetapi dia berat hati untuk melepaskan wanita itu kerana memikirkan perbelanjaan termasuk hantaran yang pernah dikeluarkannya untuk majlis perkahwinan mereka sebelum ini.
Sumber: Meisya Jasmyn