berita

Bagi Phone Nak Suruh Join PdPR, Sekali ‘Melayang’ RM2600 Dalam Akaun Anak Buat Beli Game!

July 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: The Indian Express

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, para pelajar perlu mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan ‘terpaksa’ akur dengan perubahan ini. Perubahan yang berlaku, secara tidak langsung memberikan kesan kepada semua pihak termasuk guru-guru, ibu bapa mahu pun pelajar itu sendiri.

Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Nor Liyana Abdullah tampil menceritakan ‘kisah pahit’ yang dilalui olehnya sepanjang sesi PdPR berlangsung.

Anak main game semasa PdPR

Foto: Nor Liyana Abdullah

Jelas wanita ini, pada mulanya dia memberikan telefon bimbit kepada anaknya bagi mengikuti sesi PdPR yang dijalankan. Namun, anaknya bertindak bermain game menggunakan telefon bimbit yang diberikan dan apa yang paling mengejutkan apabila berlakunya penolakan duit sebanyak RM2,600 di dalam akaunnya.

 Gara-gara PdPR. Bagi phone kat anak semasa PdPR curi-curi main game. Sampaikan habis duit dalam akaun sebanyak Rm2600 diaorang beli game. Pening weh, pening!

Berbicara lebih lanjut, duit tersebut ditolak berikutan anaknya membuat transaksi membeli game tersebut mahu tidak mahu, si ibu terpaksa akur dan reda. Aduh buat hal lah adik!

Ujar wanita ini lagi, pada mulanya dia agak hairan bagaimana transaksi tersebut boleh berjaya sedangkan dia sama sekali tidak menerima sebarang nombor Transaction Authorisation Code (TAC) .

Bila perasan duit hanya tinggal Rm2.00 dalam akaun baru nak cek rupanya selama ni dia beli benda ni. Ya Allah. tak tau nak fikir macam mana? Macam mana boleh beli sedangkan nombor TAC tak sampai.

Pada masa yang sama, wanita ini sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berwaspada agar kejadian seumpama ini tidak lagi berulang.

Bila cek dalam gmail baru perasan bil-bil game nih. Semak dgn bank total keseluruhan pembelian Rm2600. Ya Allah dugaan PdPR. Ibu bapa kena ambil tahu ye anak kita main game apa. Tiba-tiba baru teringat kisah Zalina Zainudin yang anaknya beli game sampai 20k.

Respon netizen

Sumber: Nor Liyana Abdullah

SKIP THIS AD ×