berita

Bagi Yang Lahir 80-an & 90-an, Ini Mungkin 10 Kenangan Raya Yang Korang Rindukan

June 3rd, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Pejam celik pejam celik sudah tidak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun bila dikenangkan, Hari Raya zaman sekarang makin rasa kurang kemeriahan berbanding dahulu. Tak macam waktu kita kecil-kecil, Betul tak? Agaknya kenapa eh? Adakah disebabkan kita sudah membesar ataupun peredaran waktu yang semakin hari semakin moden.

Apa-apa pun kami pasti menyambut Hari Raya di zaman kanak-kanak merupakan kenangan paling tidak dapat dilupakan buat semua orang. Kali ini kami mahu kongsikan antara kenangan raya zaman dulu-dulu yang semua orang rindukan. Rasa macam nak balik ke zaman kanak-kanak pula. Bestnya dapat duit raya yang banyak!

1. Mestilah duit raya!

(Sumber : Google)

Nilai duit bukanlah penting waktu dulu namun saat bersama rakan-rakan kumpul duit raya itu yang paling dirindukan. Bayangkan beramai-ramai pusing satu kampung carik duit raya. Dah macam buat road tour masuk rumah ke rumah satu kampung demi mencari duit raya. Dapat duit raya terus mencari mangsa seterusnya.

Kadang-kadang memang minum air sirap je untuk cukup syarat. Ayat paling dirindukan bila tiba rumah orang mestilah ‘haa, makan dulu baru dapat duit raya’, maka beramai-ramai la teguk air sirap itu. Alahai rindunya!

2. Tiada batas main dengan sepupu saudara

Kalau korang perasan masa kecik-kecik dulu kita memang akan suka bermain bersama sepupu tanpa batasan walaupun berlainan jantina. Yelah kadang ada yang jumpa setahun sekali je, masa inilah peluang nak main sorok-sorok atau main WWF. Masa dah besar ini, jumpa masa raya pun hanya mampu tersenyum dan bertegur sapa. Hanya memori yang dapat disimpan sebagai kenangan.

Memang seronok sungguh! Lebih-lebih lagi waktu tidur beramai-ramai di ruang tamu. Memang tak fikir dah aurat atau apa. Mak mak pun tak larang sebab budak lagi kan? Hehe..

3. Memori kad raya

(Sumber : Google)

Rugilah orang sekarang sebab mereka tak berpeluang menerima kad raya. Kalau dulu-dulu hari terakhir di sekolah/pejabat mesti masing-masing sibuk bertukar alamat untuk hantar kiriman kad raya. Memang excited habis nak beli kad raya yang cantik dan comel. Ikut kesesuaian bajet dan konsep favourite person. Kalau sayang lebih, sanggup beli kad cantik yang mahal sikit. Kalau kawan-kawan biasa memang yang 80 sen je.

Momen paling seronok saat menanti-nanti kehadiran ‘abang posmen’ untuk hantar kad raya. Zaman sekarang tunggu ‘abang posmen’ hantar baju raya jelah..

4. Kuih raya

(Sumber : Google)

Kalau dulu-dulu kaum ibu sanggup ambil cuti demi menyediakan beraneka kuih raya. Apa yang seronoknya, kuih-kuih dulu lebih kepada tradisional dan pelbagai rasa. Zaman sekarang mudah sahaja, hanya order atau beli sahaja. Semua bentuk dan warna memang menarik tapi rasa lebih kurang sahaja. Betul tak? Bayangkan kuih bangkit pun dah jadi cheese. Hipster betul!

5. Ziarah banyak rumah, ikut keluarga

(Sumber : Google)

Kalau dulu setiap kali tiba raya, boleh dikatakan mak ayah pasti bawa kita ziarah semua rumah sanak saudara. Kita pun memang suka ikut sebab fikir banyak rumah, banyak dapat kumpul duit raya. Namun zaman sekarang, anak-anak lebih suka duduk di rumah menonton televisyen ataupun bermain game kegemaran mereka.

Kenangan yang tak boleh lupa bila pergi rumah setiap orang pasti akan dijamu dengan pelbagai hidangan makanan. Sampaikan dalam otak dah set juadah makanan setiap rumah yang berlainan. Kalau tak makan, mesti mak ayah jeling suruh hormat tuan rumah. Jaga hati la katanya. Betul tak?  Zaman sekarang mak ayah tak sempat jeling, anak sibuk dengan telefon bimbit.

6. Berbual sampai tengah malam

(Sumber : Google)

Kalau balik kampung, tidur beramai-ramai memang jadi tradisi. Malam raya mestilah pelbagai topik akan dibuka sampaikan tengah malam. Ai maklumlah jumpa pun setahun sekali, macam-macam topik jadi perbualan.

Namun bezanya zaman sekarang anak-anak lebih tertumpu pada game online dalam telefon bimbit. Masing-masing fokus pada tournament game online mereka sambil berbincang strategi menang sahaja. Alahai bosannya dah tiada topik macam dulu-dulu.

7. Teruja pakai baju raya

(Sumber : Google)

Kalau korang perasan, zaman kanak-kanak kita mesti akan tak sabar nak pakai baju raya. Kalau dah beli baju raya, mesti setiap hari nak cuba baju raya sehinggakan ada mak ayah sanggup sanggup beli saat akhir. Bayangkan beli sebulan awal, 30 hari la cuba baju raya. Ada pula antara kita tak sempat tunggu Hari Raya, dah rasmi dulu. Punyalah terlebih excited! Siapa macam ini baik mengaku cepat!

Zaman sekarang anak-anak lebih memberi hak sepenuhnya kepada mak ayah mereka untuk memilih. Mereka cuma akan pakai waktu raya, mungkin kerana mak ayah garang zaman sekarang kut. Di usia yang semakin meningkat, perasaan itu semakin hari semakin kurang. Kalau tiada baju raya pun tak apa. Apa penting kita dapat menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang. Itulah makna raya sebenar. Gitu! Setuju tak?

8. Main Mercun

(Sumber : Google)

Menjelang hari raya, bermain bunga api atau mercun pastilah merupakan kenangan paling indah zaman kanak-kanak. Ada juga yang sanggup membuat mercun sendiri untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.  Bagaimanapun jika dilihat, kebanyakan jenis mercun semakin kurang dijual di pasaran.

Ini mungkin disebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharam perjualan mercun yang membahayakan orang awam. Hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan. Namun bagi kami yang lahir pada tahun 90-an, mungkin kenangan bermain mercun antara paling dirindukan setiap kali menjelang raya.

9. Gotong royong buat juadah Hari Raya

(Sumber : Google)

Zaman semakin moden, memang jarang untuk lihat rumah-rumah bergotong royong menyediakan juadah tradisional Hari Raya seperti bakar lemang, anyam ketupat, atau kacau dodol. Orang sekarang lebih memilih untuk membeli kerana kekurangan masa serta kurang orang muda yang mahu menolong. Masing-masing sibuk dengan kerja sehinggakan suasana malam raya makin pudar.

Siapa yang menyambut Hari Raya zaman dahulu pasti akan merindui saat ini kerana waktu inilah keluarga akan berkumpul beramai-ramai melakukan kerja bersama-sama. Silaturahim sesama keluarga semakin akrab dan masa inilah anak-anak akan mengenal ahli keluarga lain. Rindunya!

10. Mesej raya

(Sumber : Google)

Orang zaman sekarang lebih ramai memilih untuk menghantar ucapan dalam bentuk gambar dengan adanya Internet. Namun, bagi orang yang lahir pada sekitar tahun 80-an dan awal 90-an, pasti masih ingat yang kita pernah menggunakan pelbagai ayat-ayat kreatif sebagai ucapan selamat hari raya untuk dihantar melalui SMS satu ketika dulu.

Memang ikhlas sungguh memandangkan semua SMS memerlukan kos walaupun kadang-kadang hanya mesej berantai. Hehe. Waktu ini semua berebut-rebut untuk memenuhkan kredit mereka demi mesej raya. Memang untung syarikat telco waktu kemuncak ini.

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×