berita

‘Baginda Individu Yang Tepat’ – Suami Mawar Rashid Sokong TMJ Urus Skuad Bola Sepak Negara

June 15th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan diri untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya susulan prestasi hambar skuad negara dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Artikel berkaitan: Janji Beri Yang Terbaik, TMJ ‘Offer’ Nak Urus Skuad Harimau Malaya

Artikel berkaitan: ‘Saya Tak Tahu Apa Dia Hisap, Dia Hisap Ganja Ke?’ – TMJ

Hasrat Baginda itu bagaimanapun telah mendapat sokongan ramai peminat bola sepak tempatan termasuklah suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob ini.

‘Baginda orang yang tepat’

Raf Yaakob menerusi posting di laman Instagram meluahkan pendapat bersetuju sekiranya TMJ mengendalikan skuad bola sepak negara demi menambahbaikan pasukan tersebut. Malah, sebagai peminat bola sepak, Raf Yaakob menyifatkan Baginda merupakan individu yang lebih layak untuk membawa kejayaan Harimau Malaya.

Saya baru ternampak posting di IG Stories TMJ yang berhasrat untuk menguruskan pasukan bola sepak negara. Secara jujurnya, saya berpendapat Baginda adalah orang yang tepat untuk menguruskan skuad bola sepak kebangsaan.

Saya juga sangat terinspirasi bagaimana pengurusan JDT mengetengahkan pasukannya di Malaysia dan Asia. Dengan bantuan Baginda, saya rasa Malaysia dalam haluan yang betul. Walaupun ianya memerlukan proses yang agak lama. Saya rasa Baginda individu yang tepat. Tunku, go for it. Here we go!

‘Yes, please..’

Sumber: Raf Yaakob

SKIP THIS AD ×