Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar, tampil memberikan teguran terhadap segelintir Muslim yang mengikuti trend berjoget sempena sambutan Hari Raya.

Artikel Berkaitan: Peniaga Pakai Pakaian Berlainan Jantina Demi ‘Sales’, Ustaz Wadi Annuar Tegur – ‘Apa Guna Untung Jika Hilang Berkat?’

Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Tegur Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf – ‘Jika Biar Terputus, Kita Sebenarnya Jauhkan Diri Dari Rahmat Allah’

Trend berjoget

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Ustaz Wadi meluahkan rasa senang apabila melihat trend tersebut semakin kurang diikuti oleh umat Islam.

Dalam masa yang sama, Ustaz Wadi juga berharap agar trend tarian itu tidak lagi mendapat perhatian ramai.

Baguslah semakin kurang yang terikut-ikut dengan trend joget raya.

Biarlah trend ini semakin tenggelam.

Sementara itu, Ustaz Wadi juga berharap agar ibu bapa menjalankan tanggungjawab dengan menasihati anak-anak supaya tetap menjaga akhlak, tingkah laku dan maruah diri mereka.

Jika masih ada yang melakukannya, ibu bapa perlu menegur dan membimbing anak-anak supaya sentiasa menjaga adab dan maruah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan dan teguran yang diberikan oleh Ustaz Wadi.

Dalam masa sama, warganet menyifatkan trend itu tidak sesuai untuk dijadikan ikutan kerana ia bukan budaya yang baik.

Sumber: Threads