Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) telah mengumumkan tentang kepanasan melampau serta peningkatan indeks UV di Malaysia. Katanya ramalan cuaca panas ini akan berterusan.
Walaupun korang tau yang cahaya matahari ni kaya dengan vitamin D tetapi sinaran ultraviolet (UV) yang dipancarkan boleh mengundang risiko kepada penjagaan diri terutama sekali dalam keadaan cuaca panas ekstrim yang sedang kita lalui sekarang.
Pendedahan kepada sinaran UV juga boleh menyebabkan penuaan kulit berlaku lebih awal di samping menyebabkan kedutan, bintik hitam serta kekusaman kulit.
Peningkatan kadar bacaan suhu ini boleh dikatakan agak teruk sehingga bukan sahaja kerajaan Malaysia, malah kerajaan Singapura juga telah menerbitkan perincian indeks UV bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya terdedah kepada sinaran tersebut.
Risiko kanser kulit
Pendedahan kepada sinaran UV secara berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit dan kerosakan mata. Jadi, korang kena mula biasakan pemakaian cermin mata hitam, topi bagi mengurangkan risiko ini.
Macam mana nak lindungi kulit? Mudah je, korang hanya perlu amalkan pemakanan seimbang dan jangan lupa untuk minum lebih banyak air agar kekal terhidrasi sepanjang hari.
Selain itu, korang boleh mengambil buah-buahan yang berair seperti tembikai dan tomato dalam diet harian, kedua-dua buah ini mengandungi lycopene iaitu sejenis antioksidan yang berkesan untuk menyerap sinaran UVA dan UVB.
Sekiranya diambil secara konsiten ia sedikit sebanyak dapat bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi.
Guna produk untuk melindungi kulit dari sinaran matahari
Kalau sebelum ini korang kena guna beberapa produk dalam satu masa untuk melembabkan dan melindungi kulit, sekarang dah jadi lebih mudah tau sebab korang hanya perlukan NIVEA Super C+ Vitamin Serum!
Bila cuba sendiri losyen ini, admin rasa ia sangat-sangat memudahkan proses penjagaan kulit admin setiap hari sebab NIVEA Super C+ Vitamin Serum adalah serum badan 2 dalam 1 yang mempunyai 50x Vitamin C untuk membaiki kulit kusam.
Ia juga dirumus dengan kandungan SPF 50+++ bagi melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.
Kombinasi terbaik ini akan jadikan kulit korang berseri dan anjal dalam masa 7 hari sahaja. Selain itu, ia juga berkesan untuk mengembalikan kecerahan kulit tau!
NIVEA Super C+ Vitamin Serum cepat menyerap pada kulit dan tak melekit, selesa untuk kegunaan harian lagi-lagi dalam cuaca panas.
Bau losyen yang lembut buatkan kulit admin terasa segar setiap kali selepas menggunakan NIVEA Super C+ Vitamin Serum.
Paling best, dalam masa seminggu je korang dah boleh rasai perubahan kulit yang jauh lebih sihat!
Haa.. Ingat, walaupun korang berada di dalam rumah atau di tempat kerja yang bertutup sekali pun, sinaran ultraviolet (UV) dari matahari itu tetap ada dan boleh memberi kesan kepada kulit.
Oleh itu, jangan lupa ambil langkah-langkah proaktif seperti ini bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan kulit korang.
Jadi, jom dapatkan NIVEA Super C+ Vitamin Serum di rangkaian Watsons dan Guardian atau buat pembelian secara atas talian di Shopee atau Lazada.
Ikuti juga laman Facebook dan Instagram mereka untuk mengetahui promosi terkini.