berita

‘Baik Kau Delete Gambar Tu!’ – Hutang Tak Bayar Punca Gadis Sebar Foto Mesra Rakan Bersama Aliff Aziz?

May 14th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sekeping foto mesra mirip pelakon Aliff Aziz bersama seorang gadis sekali lagi tersebar di media sosial. Gadis belasan tahun yang dikenali sebagai Nismell ini menafikan dia mengenali pelakon itu apabila ditanya mengenai Aliff Aziz dan tidak pernah berjumpa dengannya.

Gadis ini kemudiannya memuatnaik Instastory yang mendakwa ada dalang disebalik penyebaran foto panas tersebut.

Baik kau delete gambar tu

Petikan kapsyen ini diambil dari akaun Instastory Nismell, gadis yang didakwa bermesraan dengan Aliff Aziz. Kapsyen dan pesanan tersebut ditujukan kepada individu bernama Manjaa, sepertinya mereka berdua mempunyai ikatan sebagai sahabat.

Malah, Nismell juga turut memberi amaran untuk Manjaa turunkan foto mesra bersama pelakon itu.

Sebab kau tu tengah stim

Sementara itu, menerusi Instastory Manjaa pula sepertinya meninggalkan pesanan dan berbalas kenyataan sesama mereka. Manjaa mendedahkan yang Nismell masih mempunyai hutang dengannya.

Dia kat hotel di KL

Susulan dari itu, pemilik akaun Instagram Manjaa juga turut melaporkan perkara mengenai foto tersebut kepada isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah. Ini antara petikan yang diambil dari perbualan bersama Bella Astillah itu.

Cari kawan jangan time senang je

Setelah kecoh mengenai isu penyebaran foto mesra pelakon lelaki itu bersama gadis dikenali Nismell, nampaknya kedua-dua pemilik Instagram ini saling berbalas kapsyen.

Kesian bini dia

Ini merupakan foto mesra mirip pelakon Aliff Aziz yang tersebar bersama seorang gadis belasan tahun dan dipercayai di salah sebuah hotel di sekitar pusat bandar.

Sumber: Nismell, mmanjaa

SKIP THIS AD ×