berita

Baik Untuk Bayi Kuning, Ini Manfaat Lain Sengkuang Cina Yang Mungkin Anda Belum Tahu

January 19th, 2019 | by Shafika
Kesihatan & Hidup Aktif

Sengkuang cina merupakan sayur-sayuran air yang sering menjadi makanan ruji bagi kaum Cina. Mungkin ramai masih belum tahu buah yang tumbuh di kawasan paya ini mempunyai 1001 kebaikan. Teksturnya yang pejal dan rangup amat sesuai dijadikan snek harian anda.

Seperti perkongsian ibu ini Fazlina Kamarazaman apabila anaknya pulih dari demam kuning selepas 3 hari dia amalkan makan sengkuang cina ini. Bolehlah cuba!

Bagus untuk menghilang demam kuning

Awak..
Awak nak tahu tak, Sengkuang Cina ni bagus untuk elak jaundis pada bayi baru lahir. Dalam bahasa inggerisnya ‘Water ChestNut’. Ehhhh. JANGAN bagi baby makan/minum. Tapi kita yang makan tau. Jangan seksa baby ye darlingss. Masa Faz lepas lahirkan Habil, kuning dia lama. Masa hari ke 27 baru dapat beli Sengkuang Cina ni. 3 hari amalkan turun mendadak kuning dia. Bila Faz google, memang salah satu petua untuk kuning baby.

Amalkan sampai bersalin

Nak cegah tak? Ahaa. Makan bila kandungan dah start 7 bulan keatas. Makan lah seminggu beberapa biji. Amalkan sampai bersalin. Tak silap, ada wanita berbangsa cina yang bagi tips ni untuk elak baby ada jaundis selepas kelahiran. Nak dapat kat mana ni? Kat Tesco berlambak weh. Selalu dalam karung macam gambar kat bawah tu. Rasa dia sedap sangat. Manis-manis epal. Memang sedap kalau nak buat kunyah-kunyah mase pregnant ni. Tapi kalau tak jumpe, beli je air tin tu. Tapi AWAS! Gulamu bukan gulaku..

Rendah kalori walaupun banyak khasiat

Selain dari itu, sebenarnya terdapat lagi khasiat di dalam buah sengkuang cina ini. Menurut Healthline, sengkuang cina adalah sumber serat yang hebat dan mempunyai 12% rekomendasi serat harian untuk wanita dan 8% untuk lelaki. Penyelidikan menunjukkan bahawa makan banyak serat boleh membantu meningkatkan pergerakan usus, mengurangkan kadar kolesterol darah, mengawal paras gula darah dan menjaga usus anda sihat.

Selain itu, kebanyakan kalori dalam buah sengkuang erasal dari karbohidrat. Walau bagaimanapun, ianya rendah kalori, kerana air mentahnya adalah 74% air.

Mengandungi tinggi Anti-oksida

Sengkuang cina mengandungi jumlah antioksidan yang baik. Antioksidan adalah molekul yang membantu melindungi tubuh daripada molekul berpotensi berbahaya yang disebut radikal bebas.

Kajian-ujian tiub menunjukkan bahawa antioksidan dalam kulit dan daging buah ini berkesan untuk meneutralkan radikal bebas yang terlibat dalam perkembangan penyakit kronik. Menariknya, antioksidan yang ada dalam sengkuang ini boleh membuatkan isi buah ini tetap rangup walaupun selepas masak.

Mengurangkan risiko sakit jantung

Dalam buah sengkuang cina ini terdapat sumber kalium yang hebat untuk merawat risiko tekanan darah tinggi. Banyak kajian telah mengaitkan diet banyak kalium ini dapat mengurangkan risiko strok dan tekanan darah tinggi.

Menurut kajian Healthline lagi, 11 kajian telah dilakukan termasuk 247,510 orang mendapati bahawa mereka yang makan kalium paling banyak mempunyai risiko strok 21% lebih rendah dan risiko keseluruhan penyakit jantung berkurang. Hebat kan?

Boleh menurunkan berat badan

Sengkuang cina ini sangat rendah kalori dan menyekat rasa lapar berpanjangan. Air yang terdapat dalam buah ini membuatkan anda cepat kenyang, sekaligus mengurangkan pemakanan harian anda. Jika mahu kurus, jangan lupa masukkan buah ini dalam menu diet seharian anda.

Sekiranya anda sedang kelaparan, maka tukar sumber karbohidrat anda dengan buah ini kerana ianya boleh membantu anda untuk memakan lebih sedikit kalori.

Sumber : Healthline

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×