berita

Baiknya Hati Chow Yun-fat Ni.. Respect Habis!

October 17th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Kami pasti ramai diantara anda yang kenal dengan pelakon lagenda Hong Kong, Chow Yun-fat. Selain popular di Hollywood, pelakon berusia 63 tahun itu turut terkenal dengan sikap rendah diri dan mesra dengan penat. Baru-baru ini, isterinya turut mendedahkan pelakon itu mengamalkan hidup sederhana, malah telefon bimbit digunakan juga hanya akan ditukar jika rosak. Pasangan itu turut menubuhkan yayasan beberapa tahun lalu.

‘Bukan wang saya..’

Pelakon otai Hong Kong, Chow Yun-fat merancang ingin meninggalkan keseluruhan hartanya yang bernilai HK$5.6 bilion (RM2.97 bilion) dengan tujuan kebajikan. Pelakon itu menganggap wang itu bukan miliknya sebaliknya sekadar pinjaman sementara sebagai satu amanah.

Impian saya ialah hidup gembira dan menjadi orang biasa. Perkara paling sukar untuk dicapai dalam hidup ini bukan harta tetapi bagaimana mengekalkan pemikiran yang aman dan meneruskan sisa hidup serba ringkas tanpa kerunsingan.

Pelakon itu turut hidup sederhana, ia terbukti apabila dia hanya menggunakan telefon pintar dua tahun lalu selepas telefon bimbit Nokia yang digunakan selama 17 tahun rosak. Dia turut dilaporkan hanya membelanjakan HK$800 (RM420) sebulan, menggunakan pengangkutan awam serta berbelanja di kedai mempunyai diskaun.

Wang itu bukan milik saya, cuma diamanahkan kepada saya untuk menjaganya buat sementara.

Menerusi temuramah dengan Apple Daily, Chow dan isterinya Jasmine Tan telah menubuhkan yayasan mereka beberapa tahun lalu. Walaubagaimanapun pasangan itu tidak dikurniakan anak.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×