Raya sebulan, tapi bajet duit raya dah habis. Hujung minggu ni pula pasti ada segerombolan keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran akan serang rumah korang.
Erm. Kalau tak bagi duit raya nanti dikatakan ‘Haji Bakhil’ pula. Ha, nah kami ada idea macamana nak elak bagi duit raya yang paling ‘halusss’
Kikiki.. ini selalunya kami praktikkan bila ada budak-budak kampung berhijrah daripada rumah ke rumah untuk kutip duit raya. Kiranya awal-awal dah bagitahu nak raya boleh, tapi duit raya takde lah.
Ini jawapan paling masuk akal bila anak saudara korang tanya “duit raya mana?”. Maka mereka pun akan ber’huhuhu’ sampai habis raya.
Taktik ni boleh dilakukan kepada adik beradik anda. Cakap lah korang terpaksa potong habis duit raya sebab kelakuan mereka yang tak memuaskan sepanjang tahun
Cara ini amat praktikal kepada mereka yang pernah meminjam wang daripada anda. Tak percaya, cubalah!
Gurauan yang serius di hari raya. Walaupun sebenarnya memang sampul raya tu ‘non-hado’ isinya.
Mula-mula ceritakan kisah sedih bagaimana anda terpaksa survive hidup sebulan selepas kebanyakan harga barang naik kerana GST, temasuklah mempraktikkkan teknik Nasi Goreng GST yang diajar menteri CGPA 3.8. Kesinambungannya, bajet duit raya dah diserap ke tabung GST.
p/s: apapun, duit raya tu kita anggap je macam sedekah. Dapat pahala extra!