Di Instagram, Man Raja Lawak telah mengumumkan bahawa bajet RM50 ribu yang hendak disumbangkan kepada masyarkat yang memerlukan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah habis. Pada masa yang sama, dia turut membuat kesimpulan mengenai sumbangan yang telah diberikan.
Guna duit itu sebaik mungkin
Menurut Man, dia meminta maaf kepada mereka yang tidak menerima bantuan daripadanya. Ini kerana, wang yang diperuntukkan sudah habis. Tambahnya, dia turut meninggalkan pesanan buat masyarakat yang sudah menerima wang daripadanya agar berbelanja sebaik yang mungkin menggunakan wang yang diberi. Buat mereka yang sabar menanti jawapan sama ada mereka akan menerima bantuan ataupun tidak, Man mengucapkan terima kasih di atas tahap kesabaran mereka sepanjang menunggu maklum balas daripadanya.
Tak ada maklumat yang lengkap
Sepanjang tempoh pemberian sumbangan, Man berjaya membuat satu kesimpulan di mana segelintir masyarakat yang meminta bantuan tidak menepati syarat yang diberikan olehnya. Malah, ada yang meminta amaun yang luar biasa. Selain meminta amaun yang luar biasa, ada juga masyarakat yang tidak memberikan maklumat yang lengkap, bukti profile tidak sama, tidak peka terhadap perkembangan terkini dan terlalu tidak sabar.
Sumber: Man Raja Lawak