Admin yakin setiap orang perlukan waktu cuti dan rehat yang cukup untuk mengembalikan mood mereka setelah penat bekerja sehari-harian. Paling best kalau dapat travel ke tempat-tempat baru. Tapi itulah, nak pergi travel ni sebenarnya tak semudah yang disangka.
Macam-macam juga nak kena fikir. Duit belanja, tempat penginapan dan pelbagai lagi kos yang perlu disediakan. Dan disebabkan itu kali ni admin nak kongsikan sedikit cadangan menarik untuk percutian di Resorts World Sentosa Singapore dengan anggaran bajet serendah RM999 sahaja untuk 2 hari 1 malam!
Di sini memang semua tempat pun dekat dan yang paling penting happening! Apa pun, segala kos yang dikongsi oleh admin dalam artikel ini tertakluk kepada terma dan syarat serta promosi yang ditawarkan di sana ya.
1. Lokasi menarik korang patut pergi di Resorts World Sentosa Singapore
Bagi korang yang jenis kaki travel ni admin yakin korang mesti tak suka duduk dekat hotel je kan. Jadi eloklah habiskan percutian korang di beberapa tempat menarik sekitar Resorts World Sentosa Singapore macam dekat bawah ni. Paling penting ada promosi best tau.
Adventure Cove Waterpark
Dikenali sebagai Adventure Cove Waterpark, taman tema air ini antara yang terbesar di Singapura dan ia selalu menjadi tarikan utama pelancong. Di sini terdapat pelbagai permainan dan aktiviti yang sangat seronok bermula daripada kolam berombak di Bluwater Bay, korang boleh bersantai menyelusuri sungai berarus di Adventure River, sehinggalah ke aktiviti snorkeling melihat keindahan Rainbow Reef.
Tapi salah satu aktiviti yang admin confirm korang tak boleh lepaskan adalah Rainbow Reef. Melalui aktiviti ini, korang berpeluang cuba aktiviti snorkeling dan berenang bersama lebih kurang 20,000 ikan laut berwarna-warni seolah-olah macam korang tengah snorkeling di laut sebenar! Paling penting, untuk join Rainbow Reef ini korang tak akan dikenakan caj tambahan pun. Best weh.
Promosi
Tiket Masuk Dewasa (Satu Hari) + Ais Krim Solero Percuma: SGD34
Waktu Operasi
Isnin – Ahad (10.00am – 6.00pm)
Universal Studios Singapore
Haaa… siapa yang kerap bercuti tapi tak ke Resorts World Sentosa Singapore memang rugilah kan! Sebabnya di sini juga ada Universal Studios Singapore yang merupakan salah satu lokasi yang menjadi tarikan utama pelancong.
Korang boleh mulakan penjelajahan korang dan keluarga di Resorts World Sentosa Singapore dengan permainan King Julien’s Beach Party-Go-Round yang terletak di Madagascar Zone. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak juga tau, namun kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 122cm dan ke bawah perlu berada dibawah pengawasan ibu bapa. Apa pun admin yakin anak-anak korang mesti terlebih excited nanti!
Setelah itu, korang boleh cuba mengembara bersama keluarga dan kucing oren yang comel untuk mencari telur emas melalui permainan Puss In Boot’s Giant Journey dan ia merupakan yang pertama di dunia tau.
Nak tahu mencabar atau tidak permainan ini, korang kena datang sendiri ke Universal Studios Singapore sebab tiket masuk sini pun tengah murah tau. Kalau korang nak enjoy semua ini, bermula sekarang sehingga 31 Disember 2019, korang hanya perlu spend SGD79 je siap dapat Minion Lanyard dan Meal Voucher bernilai SGD5 wei!
Waktu Operasi:
Setiap hari (10.00am – 7.00pm)
S.E.A. Aquarium
Salah satu lokasi lain yang menarik di Resorts World Sentosa Singapore ialah S.E.A. Aquarium. Apa yang admin suka giler dekat sini ialah pengunjung berpeluang cuba pengalaman unik di Touch Pool. Dekat sini actually korang boleh ajak anak-anak anda cuba sentuh sendiri beberapa jenis hidupan laut dengan tangan. Berani tak? Hehe
Selain itu, bila korang masuk je di laluan utama akuarium gergasi ini, korang akan berhadapan pula dengan pemandangan menakjubkan apabila disambut oleh lebih 100 ekor jerung daripada 12 spesis di Shark Seas Habitat. Seram pun ada jugaklah.
Setelah itu, pada bahagian Open Ocean Habitat pula, korang akan terlebih excited sebab dekat bahagian ni pengunjung seolah-olah sedang berjalan di dasar laut sambil menikmati panorama indah dengan dikelilingi oleh lebih 40,000 ekor ikan daripada 120 spesis.
Paling penting ikan-ikan ni ada yang berenang sangat hampir dengan korang tau. Maka inilah peluang terbaik untuk korang tambah pengetahuan anak-anak tentang hidupan laut!
Promosi: (sah sehingga 31 Disember 2019)
Tiket masuk Dewasa (Satu Hari) = SGD36
Waktu Operasi:
Setiap hari (10.00am – 7.00pm)
2. Penginapan mewah tetapi berpatutan
Bagi yang runsing bab penginapan pulak, admin sarankan korang ke Hotel Michael di Resorts World Sentosa Singapore sebab hotel ini ada tawaran hebat untuk penginapan mewah di sana. Bermula dengan harga serendah SGD258 berserta sarapan untuk dua orang, korang boleh tidur lena dalam pilihan bilik Hotel Michael Deluxe Room yang cukup elegan dan mewah!
Selain itu, kalau korang travel dengan kawan-kawan, korang boleh juga menginap di Hard Rock Hotel Singapore yang pastinya akan memberikan pengalaman luar biasa dan rock n’ roll untuk percutian korang tu!
3. Makanan confirm sedap, sampai tak mahu balik!
Selalunya paling orang risau bila pergi travel ni ialah bab makanan. Yelah bukan senang nak cari tempat makan yang kena dengan selera tekak kita. Tapi korang tak payah risau kalau bercuti di Resorts World Sentosa Singapore sebab dekat sana makanan semua sedap-sedap belaka dan yang paling penting harga pun berpatutan!
Salah satu lokasi paling best yang admin boleh cadangkan untuk korang serbu ialah di Malaysian Food Street sebab dekat sini korang boleh enjoy macam-macam pilihan menu makanan tempatan Malaysia dengan anggaran harga serendah SGD10 beserta minuman. So, tak perlu pening-pening kepala okay!
4. Kos pengangkutan serendah SGD1 je!
Last but not least, kalau korang nak ke Resorts World Sentosa Singapore, korang jangan risau bab harga tambang sebab pengangkutan dari bandar Vivo ke Resorts World Sentosa Singapore hanya SGD1 je menggunakan bas RWS8. So, memang jimat habis!
Jom ke Resorts World Sentosa Singapore & nikmati percutian luar biasa!
Haaa… mesti korang dah excited untuk ke Resorts World Sentosa Singapore kan? Benda boleh diskaun, buat apa bayar mahal kan. Paling penting dalam berjimat tu tetap happening! So, apa tunggu lagi tu, cepat apply cuti dan rancang percutian korang di Resorts World Sentosa Singapore.
Sebarang maklumat lanjut tentang promosi dan pelbagai tempat menarik yang lain di Resorts World Sentosa Singapore, korang boleh layari laman sesawang www.rwsentosa.com/my