berita

#Bajet2021: 9 Inisiatif Kerajaan Bagi Menambah Pekerjaan!

November 11th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Dengan bajet yang terbesar dalam sejarah iaitu RM322.5 bilion, belanjawan 2021 yang dibentang oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato Sri’ Zafrul pada 6 November 2020 merupakan belanjawan yang paling ditunggu-tunggu.

Seperti yang kita tahu, pandemik Covid-19 yang melanda telah menjejaskan semua aspek baik dari pihak rakyat, mahupun kerajaan.

Ekonomi di seluruh dunia terjejas dan membuatkan ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dengan kadar pengangguran meningkat sehingga 5.3% atau seramai 820 ribu pengganguran pada bulan Mei 2020. 

Di bawah, kami kongsikan 9 inisiatif  kerajaan untuk menambah pekerjaan pada tahun 2021.

1. Inisiatif Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan akan dilancarkan

Melalui Inisiatif Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja), sebanyak 500,000 peluang pekerjaan baharu termasuk pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui perbelanjaan kerajaan sebanyak RM3.7 bilion akan disediakan.

2. RM2 billion diperuntukkan untuk PenjanaKerjaya – Insentif program di bawah PERKESO

Program ini akan memanfaatkan seramai 250,000 orang yang sedang mencari kerja. Ia akan dibahagikan seperti berikut:

  • Insentif untuk pekerja berpendapatan RM1,500 ke atas akan dinaikkan. Jika sebelum ini mereka dapat kadar rata RM800 sebulan, dengan insentif ini ia akan dinaikkan sebanyak 40%. Nilai maksimum yang boleh mereka dapat ialah RM4,000.
  • Syarikat yang mengambil OKU dan individu yang kehilangan pekerjaan, majikan akan diberi tambahan insentif. Insentif ini bersamaan dengan 20% daripada pendapatan bulanan majikan menjadikan jumlah keseluruhan insentif untuk majikan ialah 60%.
  • Insentif istimewa sebanyak 60% akan diberikan untuk sektor yang bergantung kepada pekerja asing seperti buruh binaan ataupun pekerja ladang. 40% akan diberikan kepada majikan manakala penambahan 20% lagi akan diberikan kepada pekerja tempatan yang mengantikan pekerja asing tersebut.

Insentif di atas akan diberikan selama 6 bulan.

  • Bagi yang terletak di bawah PenjanaKerjaya, kadar maksimum kursus latihan yang boleh dituntut oleh majikan akan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM7,000. Ini memberikan peluang yang terbaik untuk mereka mendapatkan skil yang lebih baik dan juga profesional.

3. Lebih banyak program peningkatan kemahiran dan latihan 

Sebanyak RM1 billion untuk 200,000 pelatih diperuntukkan untuk program ini. Ia akan dibahagikan seperti berikut:

  • Program KPT-PACE (Graduan baharu ditawarkan baucar bernilai RM3,000 bagi kursus sijil professional di universiti awam dan swasta. (RM150 juta);
  • HRDF melaksanakan program latihan dan kerja secara usahasama dengan majikan swasta (RM100 juta);
  • MDEC untuk memudahkan peralihan bakat tenaga kerja sedia ada bagi mengisi keperluan dalam industri ICT (RM100 juta);
  •  Pihak berkuasa pembangunan wilayah terutamanya IRDA dan SEDIA untuk melengkapkan kemahiran baharu kepada tenaga kerja yang terjejas teruk akibat penutupan sempadan. (RM 100 juta);
  • PERHEBAT untuk program latihan kemahiran dan keusahawanan yang dijangka memanfaatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (RM30 juta).

4. Perluasan skop pelepasan cukai yuran pengajian

Inisiatif ini dibuat bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk meningkatkan kemahiran mereka dan juga untuk menerokai skop pekerjaan yang lain. Terhad kepada RM1,000 setahun.

5. Dengan peruntukkan RM700 juta, kerajaan perkenalkan MyStep

Usaha ini akan melibatkan kedua-dua syarikat sama ada GLC mahupun syarikat berkaitan Sektor Awam bermula Januari 2021.

Program Mystep (Malaysia Short Term Employment Programme) menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak di mana 35 ribu peluang pekerjaan akan diberikan dalam sektor awam manakala lebihan 15 ribu akan diutamakan dalam bidang teknikal dan kewangan.

Mereka juga menggalakkan graduan menyertai program perantisan di GLC!

6. Program Subsidi Upah Bersasar dilanjutkan!

Pada 31 Oktober, pihak kerajaan memperuntukkan RM12.5 billion untuk program ini dan ia telah membantu seramai 2.7 juta pekerja dan lebih 300,000 majikan.

Disebabkan masih banyak lagi syarikat yang terjejas lebih-lebih lagi di sektor pelancongan, kerajaan memutuskan untuk  melanjutkan program subsidi upah bersasar ini.

Kali ini, akan ada lebih banyak sektor dijadikan kumpulan sasaran khususnya sektor pelancongan. Ini termasuklah sektor peruncitan yang akan diberikan kadar rata RM600 sebulan untuk pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.

Permohonan bagi program ini juga dinaikkan dari 200 pekerja satu permohanan ke 500 pekerja satu permohonan.

7. Latihan dan penempatan akan disediakan untuk 8,000 pekerja syarikat penerbangan

Sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan untuk program ini.

8. Peluang pekerjaan untuk orang asli

Kerajaan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara bagi merancakkan segmen ekopelancongan.

9. Geran Khas Prihatin tambahan sebanyak RM1,000 untuk 20,000 penjaja di Sabah!

Peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong akan mendapat Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000. Geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.

Semoga insiatif ini dapat memberi manfaat kepada semua.

SKIP THIS AD ×