berita

#Bajet2021: Ini Cara Kerajaan Tingkatkan Rangkaian Digital Di Malaysia Menjelang Tahun 2021

November 14th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Work from home pada satu ketika dahulu mungkin merupakan terma yang tidak difahami dan diguna pakai oleh semua syarikat di Malaysia. Pada permulaan pandemik, terdapat sedikit kekacauan apabila kebanyakan syarikat tidak biasa dengan sistem tersebut. 

Bukan itu saja, terdapat juga pelajar khususnya yang tinggal di pedalaman tidak dapat mengikuti pembelajaran kerana tidak mempunyai rangkaian internet yang kukuh. 

Pihak kerajaan yang mengambil maklum masalah itu telah memperuntukkan dana bagi menaik taraf infrastruktur fizikal dan digital di Malaysia. Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz menyatakan ketika Belanjawan 2021, kerajaan bersetuju bahawa keperluan telekomunikasi merupakan utiliti ketiga yang menjadi keperluan ramai.

Di bawah merupakan cara dan rancangan kerajaan untuk memperbaiki rangkaian digital di Malaysia pada tahun 2021.

1. Perkhidmatan broadband akan dibina & dinaik taraf sepanjang 2021 & 2022!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menerima peruntukan RM7.4 billion untuk perluasakan perkhidmatan jalur lebar di seluruh Malaysia.

2. RM500 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program JENDELA

Program JENDELA (Jalinan Digital Negara) akan memastikan kesalinghubungan digital di 430 sekolah dan 25 kawasan perindustrian di Malaysia dipertingkatkan.Kawasan-kawasan ini akan mendapat liputan 4G dan dengan kelajuan internet 100Mpbs.

Ini akan memudahkan mereka untuk belajar dan juga menjawab peperiksaan secara online. Video streaming juga akan menjadi lebih mudah dan pantas!

3. Syarikat GLC & GLICs akan menyumbang kepada 150,000 komputer riba untuk pelajar sekolah!

Kepentingan komputer riba kini meningkat naik kerana kebanyakkan sekolah perlu melakukan sesi pembelajaran secara online.

Tabung CERDIK menyalurkan komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 buah sekolah yang terpilih. Projek ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah.

4. RM150 juta diperuntukkan untuk menjayakan inisiatif Shop Malaysia Online

Inisiatif  ini akan dijalankan bersama-sama dengan platform e-commerce yang lain untuk mengalakkan pembelian secara online. Ini akan memberi manfaat kepada 500,000 penjual lokal termasuklah produk halal dan juga usahawan kraftangan.

5. RM150 juta diperuntukkan untuk kempen e-dagang PKS & PKS Mikro

Dana ini akan diperuntukkan untuk program latihan, bantuan penjualan serta peralatan digital. Selain itu, ia juga dijalankan bagi mengalakkan usahawan-usahawan untuk mula menggunakan platform e-commerce.

6. Skim Geran Pendigitalan SME & Geran Automasi akan terima dana tambahan

Sebanyak RM150 juta dana tambahan akan diberikan bagi menyokong aktiviti automasi dan juga modenisasi.

7. Skim transformasi pendigitalan industri akan dimulakan

Melaui Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMP), pihak kerajaan akan menyediakan Skim Transformasi Pendigitalan Industri sebanyak RM1 billion bagi meningkatkan aktiviti pendigitalan dengan dana yang tersedia sehingga 31 Disember 2023.

Tidak tertumpu hanya dikawasan terpencil, pihak kerajaan juga menyediakan insentif untuk rakyat Malaysia!

Antara highlight lain dalam inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesalinghubungan digital dan pendigital ialah:

  • RM50 kredit e-wallet dengan peruntukkan sebanyak RM75 juta). Bagi membudayakan transaksi tanpa wang dan mengalakkan program e-belia, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-wallet belia berumur 18-20 tahun secara one-off.  
  • RM180 kredit beserta data percuma. Dengan Program Jaringan Prihatin yang diperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion,inisiatif ini diharap dapat mengurangkan beban kewangan golongan B40, yang sering mempunya masalah untuk mendapatkan kemudahan internet.
  • MYREN: Naik taraf kelajuan internet universiti (RM50 juta)
  • Program Ladang e-Satelit secara Geran Padanan (RM10 juta). Melalui program ini, geran padanan sehingga RM30,000 akan diberikan kepada seiap pertubuhan peladang kawasan. Pembelian peralatan berasaskan internet of things adalah digalakkan.

Objektif dana ini adalah untuk mempercepatkan penggunaan teknologi industri dan bagi meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara. Maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2021, korang boleh klik dekat sini!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×