Eina Azman dihambat kontroversi lagi! Mana taknya, di awal perkahwinannya dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, Eina dikatakan dah mula demand dengan harga untuk tawaran berlakon.
Kemudian timbul pula kisah mengenai dirinya yang didakwa pernah dipukul dan ditendang semasa zaman sekolah kerana cantik dan seksi. Tapi, Eina dah pun menafikan gosip tersebut di laman Instagramnya.
Artikel Berkaitan: Eina Azman Nafi Dipukul & Ditendang
Ha.. terbaru, orang ramai dilihat mengecam cara pemakaian Eina yang didakwa terlampau seksi semasa menghadiri majlis persandingan Erin Malek.
“Selagi baju tersebut tidak mendedahkan dada, bagi saya ia tidak seksi. Lagipun setiap kali mahu keluar, saya akan mendapatkan keizinan suami mengenai penampilan saya. Saya hanya pakai dan buat apa yang dia suka sahaja.
Saya rasa lebih ramai artis yang seksi berbanding saya. Yang penting saya menjaga hati suami. Apa yang terbaik untuknya, baik juga untuk saya.”
Ha.. itulah jawapan yang diberikan oleh Eina semasa ditembual oleh Sinar Harian. Um..mungkin cara pembawakan Eina dan susuk tubuhnya yang mengiurkan tu yang menampakkan dia seksi kot? Setuju?
Kredit foto: Instagram Eina Azman