berita

Baju Nikah Dah Beli, Lelaki ‘Broken’ Tak Jadi Kahwin, Mengaku Diri Tak Cukup Sempurna – ‘Dia Wanita Yang Baik’

September 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan yang berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Namun, setiap pasangan tidak dapat lari dari ditimpa ujian dan dugaan.

Terbaru, seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk menghalalkan wanita idamannya tidak kesampaian.

‘Sejujurnya dia wanita yang baik’

Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang lelaki, Iqbal Baharom menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut Iqbal, pelbagai persiapan telah dilakukannya untuk menuju hari bahagia. Malah baju melayu untuk dipakai semasa akad nikah juga telah dibeli. Namun, siapa sangka hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila jodoh mereka tidak panjang.

Berdasarkan video pendek tersebut, Iqbal memuat naik foto sijil kursus kahwin yang dihadirinya tahun lalu sebagai persediaan bergelar seorang suami. Iqbal tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca hubungannya itu retak tetapi dia mengakui kemungkinan dirinya tidak cukup sempurna untuk menjadi suami kepada wanita itu. Bukan itu sahaja, dia yakin dan percaya Allah SWT mempunyai perancangan yang jauh lebih buat dirinya.

Sejujurnya dia wanita yang baik. Mungkin saya tak cukup sempurna untuk jadi suami kepadanya. Saya akan usaha jadi yang terbaik.

Video TikTok

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen tidak putus-putus memberikan kata semangat buat Iqbal supaya dia tabah dan kuat menempuhi kehidupan mendatang. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka mendoakan agar Iqbal dapat bertemu jodoh yang lebih baik.

Sumber: Iqbal Baharom (Manusiaberbulu)

SKIP THIS AD ×