Biarpun sudah seminggu penyanyi Usop dan isteri Nur Fatihah Md Hashim mendirikan rumah tangga, pasangan ini masih menjadi tumpuan wargamaya.
Artikel Berkaitan: Sekali Lafaz Usop Sah Milik Nur Fatihah, Janji Jadi Suami Terbaik
Songket sama
@azzamxsheryl_babybambam dari bujang sehingga dah menjadi suami ?? @azzamsham @sherylshazwanie @Usop @TeHa Richer #fyp #azzamxsheryl #usopxteha #wedding #sssmalh? ? Goodbye, Hello – Syamel & Ernie Zakri
Menerusi video di Tiktok, tular beberapa keping busana perkahwinannya yang dikatakan menyerupai penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie.
Memakai baju songket berwarna merah hati sedondon dengan Fatiha, corak pakaian pengantin yang sama juga dipakai oleh Azzam dan Sheryl ketika majlis persandingan mereka pada 14 Januari lalu.
Menerusi kapsyen yang ditulis di video tersebut, pentadbir akaun itu berkata, ‘Dari bujang sehingga dah menjadi suami.’
Masa bertunang pilih warna sama
Bukan itu sahaja, warna busana yang dipakai kedua pasangan ini ketika majlis pertunangan juga sama iaitu biru.
Di ruangan komen, rata-rata netizen perasan dengan persamaan itu. Ada yang berfikiran Usap dan Azzam sudah merancang semua ini.
Azzam dan Usop pernah menyertai program realiti televisyen yang sama iaitu Big Stage. Azzam dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ketiga manakala Usop merupakan naib juara.
Pada 4 Februari lalu, Usop sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.
Sumber: Tiktok @azzamxsheryl_babybambam