berita

Bakal Berlangsung 13 November Nanti, Ini Cara Undi Artis Kesayangan Korang Di ABPBH 33

October 21st, 2020 | by Shahira
Shout Out!

Anugerah paling berprestij di Malaysia, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dinanti-nantikan kini telah kembali! Korang dah bersedia ke nak tengok artis kesayangan korang naik pentas terima trofi kemenangan?

Kalau nak artis kegemaran korang menang, jangan lupa undi tau! Tak tahu macam mana nak undi? Jangan risau, kami tunjukkan satu persatu langkah yang korang kena ikut.

ABPBH disiarkan di TikTok

Anugerah Bintang Popular Berita Harian Edisi ke-33 kali ini mengangkat tema #ABPBHKITA2020. Acara kemuncak ABPBH akan berlangsung pada 13 November 2020 iaitu pada hari Jumaat jam 9 malam. Malam anugerah berprestij ini akan disiarkan secara live di TV3, live streaming di BHTV, Youtube TV3Malaysia dan buat julung kalinya boleh ditonton di aplikasi TikTok.

Seperti sebelum ini, ABPBH masih menyajikan kepada para penonton segmen Red Carpet yang turut disiarkan pada hari yang sama iaitu 13 November jam 8:30 malam di TV9 Malaysia.

Undian sudah dibuka

Jadi para peminat boleh mengundi artis kegemaran korang bermula dari 7 Oktober 2020 hingga 8 November 2020. Tempoh pengundian ini dibuka selama sebulan dan sebanyak 13 kategori utama dan lima kategori online. Bukan itu sahaja, ABPBH mempertaruhkan seramai 20 calon bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Antara 13 kategori utama yang dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular dan banyak lagi.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom, Artis Kontroversi Popular dan FC FANtastik Popular.

Cara mengundi di ABPBH 33

Pertama sekali, korang layari laman sesawang ABPBH dan pergi ke menu Undian.

– Pilih ‘Undian Percuma’
– Isi maklumat peribadi anda: Nama, No. Telefon dan Emel dan klik hantar
– Pilih Undian Percuma dan klik butang untuk mengundi
– Pilih selebriti pilihan anda dan klik butang undi
– Undian berjaya!

Setiap undian percuma terhad kepada 20 undian dalam 10 minit sahaja.

Cara untuk undi ABPBH melalui peranti Xiaomi

Selain membuat undian secara percuma, korang juga boleh mengundi melalui peranti Xiaomi dan langganan BH Online.

Undi menerusi langganan BH Online

– Layari portal Berita Harian ePaper untuk melanggan akhbar digital Berita Harian
– Pilih pakej langganan anda, masukkan emel dan lakukan transaksi pembayaran secara atas talian atau tunai
– Kembali ke laman sesawang ABPBH dan pergi ke menu Undian
– Isi maklumat peribadi anda: Nama, No Telefon, Emel dan klik hantar
– Pilih Undian Melalui Langganan dan klik butang untuk mengundi
– Pilih selebriti pilihan anda dan hantar undian
– Masukkan emel yang digunakan untuk melanggan BH Digital, pilih pakej langganan anda dan klik

Agak-agaknya siapa lah yang bakal merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular pada tahun ini? Sama-sama kita nantikan. Maklumat lanjut mengenai ABPBH 33 dan proses pengundian boleh didapati di laman web rasmi ABPBH 33 selain perkongsian Facebook (FB) dan Instagram (IG) BH.

SKIP THIS AD ×