berita

Bakal Ibu & Ayah Patut Singgah Cawangan Baru Mothercare Di Tropicana Gardens Mall, Serius Menarik!

November 20th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Bila cakap pasal shopping untuk barang bayi, setiap daripada mereka yang mula bergelar ibu dan ayah mesti dah mula pening. Nak barang bayi yang banyak pilihan, tapi tak berapa pasti pulak mana yang bagus. Nak barang bayi berkualiti tinggi, tapi harga pulak buat kita putus asa nak beli. Pening betul!

Tapi korang jangan risau, kali ni kami ada berita menarik. Ada satu kedai barangan bayi yang popular di Malaysia akan buka cawangan baru lagi di Selangor. Kalau kami sebut nama kedai ni, mesti korang kenal punyalah!

Mothercare Malaysia buka cawangan lagi, kali ni di Tropicana Gardens Mall!

Orang Selangor mesti dah biasa dengan Tropicana Gardens Mall yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Bila Mothercare Malaysia mula buka cawangan baru kat sini, seronok tak terkata la. Mana taknya, cawangan terbaru ni lebih luar biasa dan menarik!

Untuk pengetahuan korang, Mothercare Malaysia ni dah mempunyai 50 tahun pengalaman dalam semua produk berkaitan bayi. Pelbagai pilihan produk daripada stroller dan carrier bayi sehingga la ke keperluan bersalin. Malah, pakaian bayi dan fesyen untuk kanak-kanak pun ada!

Senang cerita, apa yang korang nak untuk anak korang, semuanya ada di Mothercare Malaysia. Memang best la. Ini la syurga barangan bayi buat para ibu dan ayah semua!

Okay, berbalik pada cerita kita tentang Mothercare Malaysia terbaru ni. Kalau dari luar dah nampak gah, dalam apatah lagi. Korang mesti curiga nak tahu apa yang lain dari yang lain kan? Meh tengok ni.

Kedai barangan bayi no. 1 dengan konsep terbaru yang lebih menarik!

Surprise! Mothercare Malaysia di Tropicana Gardens Mall adalah cawangan yang terbesar. Kedai barangan bayi ini akan memberikan pengalaman menarik buat pengunjung yang datang. Serius tak tipu!

Bagi korang yang masih blur dalam penjagaan bayi, kami memang rekomen korang untuk datang ke Mothercare Malaysia di Tropicana Gardens Mall.  Nak tahu kenapa?

Pelbagai zon pengalaman, rasai kehidupan real menjadi ibu & ayah!

Apa yang kami kagum adalah di sini korang boleh feel macam mana rasanya kehidupan bila ada bayi nanti. Paling unik, Mothercare Malaysia di Tropicana Gardens Mall ialah kedai barangan bayi pertama yang ada macam ni. Tak ada kat tempat lain!

Sebabnya, selain barangan keperluan bayi, kat sini ada trek ujian stroller, zon memakai baju bayi, perkhidmatan pembersihan peralatan bayi dan penasihat asuhan tau. Sambil shopping, korang boleh test produk tu sebelum membelinya.

Kami bongkarkan sikit apa yang ada. Memang seronok beb. Rugi kalau tak singgah.

  • Zon Pengalaman Mothercare

Nak praktis untuk mulakan hidup baru sebagai ibu dan ayah? Memang keputusan yang tepat untuk datang ke sini. Korang boleh nikmati pengalaman sebagai ibu dan ayah dengan Zon Pengalaman Mothercare yang serba baru. Serius membantu!

  • Sudut Bilik Asuhan Impian

Kalau korang nakkan inspirasi untuk bilik asuhan bayi korang, boleh la ke Sudut Bilik Asuhan Impian ni. Bukan setakat korang boleh bayangkan rupanya, malah korang boleh putuskan suasana terbaik untuk bayi korang. Syok la.

  • Trek Ujian Stroller

Stroller bayi antara benda wajib yang perlu dibeli. Sebelum beli stroller bayi, kena la feel dulu kan? Paling best, di sini ada trek ujian stroller tau. Korang boleh cuba stroller bayi yang korang berkenan dengan lantai berbeza. Dapat la korang beli stroller bayi yang selesa untuk korang guna!

  • Zon Pemakaian Bayi

Buat mereka yang mula bergelar ibu dan ayah, korang mesti nakkan baby carrier supaya senang untuk bawa bayi ke mana-mana kan? Kalau nak tahu yang mana lebih selesa, kena la datang sini. Mana taknya, di sini ada Zon Pemakaian Bayi tau.

Paling best, di sini korang boleh cuba pakai baby carrier untuk test keselesaannya dengan anak patung bayi. Bayangkan feel dia bila korang dukung bayi korang guna baby carrier. Seronok! Boleh jugak tanya Nursery Advisor Mothercare untuk tips posisi bayi dalam carrier ya.

  • Perkhidmatan Sparkle Clean

Tahu tak? Stroller, car seat dan carrier bayi perlu dibersihkan dengan kerap tau. Oleh itu, korang boleh gunakan Perkhidmatan Sparkle Clean yang ada di sini. Kebersihan peralatan bayi korang akan dijamin lebih baik dengannya.

  • Program Penasihat Asuhan Mothercare

Bagi korang yang perlukan nasihat tentang asuhan bayi, boleh la berbincang dengan Penasihat Asuhan Mothercare yang bertauliah. Banyak nasihat berguna yang korang boleh gunakan apabila menjadi ibu dan ayah nanti.

Andai kata korang ada di rumah tapi ada soalan nak tanya pada mereka, boleh sangat! Mothercare Malaysia sediakan Penasihat Asuhan Digital jugak. Korang boleh hubungi mereka melalui Whatsapp untuk sebarang pertanyaan atau pembelian.

Senang cerita, Mothercare Malaysia di Tropicana Gardens Mall membolehkan korang membeli barangan bayi secara berhemah. Buat la keputusan untuk shopping barangan bayi yang betul dan selesa dengan korang kat sini nanti ya.

Seronok gila kan? Korang mesti dah tak sabar nak ajak kesayangan korang ke Mothercare Malaysia di Tropicana Gardens Mall ni. Kena tengok depan mata sendiri ni baru puas!

Nak info lebih lanjut? Korang boleh klik mana-mana link di bawah ni:

SKIP THIS AD ×