Pempengaruh media sosial, Ubai MZ memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal kini sedang ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Isnin.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Beri Bayangan Bakal Nikah Ogos Ini
Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Tanya Bila Shila Kahwin, Saya Tak Tahu’ – Syada Amzah
Ditidurkan
Ketika dihubungi OhBulan!, Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi.
Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi Isnin tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.
Sepatutnya ibu melalui enam kitaran kimoterapi tetapi hanya sempat buat lima dan berlaku pendarahan pada rahim ibu.
Selepas berlaku pendarahan itu, doktor cadangkan untuk buat lagi lima radioterapi dan Alhamdulillah kelima-lima kitaran itu dapat diselesaikan.
Pada mulanya, selepas rawatan radioterapi itu ibu nampak okay cuma tiba-tiba pagi semalam doktor kata tahap kesihatan ibu tidak stabil dan ambil keputusan untuk tidurkan.
Tambah Ubai, selepas ini ibunya perlu menjalani semula enam kitaran kimoterapi dengan menggunakan ubat-ubatan yang lain.
Disebabkan ibu terlalu sakit, jadi doktor mengambil langkah untuk mengawal dengan menidurkan dia.
Doktor mahu ibu untuk beri dia berehat. Untuk rawatan seterusnya nanti, mungkin ibu perlu buat semula kimoterapi sebanyak enam kitaran dengan ubat yang berlainan, tetapi dia perlu mula dengan kitaran pertama semula.
Dalam masa sama, tunang kepada penyanyi Shila Amzah itu turut memohon doa orang ramai agar ibunya diberikan kesembuhan segera.
Saya hanya mahu minta orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibu saya supaya dia kembali sihat dan terus kuat untuk melawan penyakitnya itu.
Difahamkan, ibu Ubai disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah pun melakukan pembedahan membuang orgran berkenaan pada Januari lalu.