berita

Bakal Kahwin Tahun Hadapan Selepas Kekasih Hamil, Chansung 2PM Umum Keluar JYP Entertainment

December 15th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Salah seorang ahli kumpulan termuda 2PM iaitu Chansung mengumumkan bakal berkahwin pada awal tahun hadapan, sekali gus tidak akan menyambung kontraknya bersama JYP Entertainment selepas kontraknya tamat.

Umumkan perkahwinan

Menerusi laman Instagramnya, Chansung memuat naik sebuah posting yang ditujukan khas buat HOTTEST iaitu gelaran buat kelab peminat. Chansung memberitahu tentang pernikahan bersama kekasihnya dan bakal bergelar ayah tidak lama lagi.

Ketika membuat persiapan dan merancang perkahwinan dengan dia selepas saya baru keluar dari ketenteraan, berkat baru datang dalam kehidupan kami lebih awal daripada yang dijangkakan, dan kami merancang untuk berkahwin seawal-awal tahun depan.

Tambahnya lagi, mereka sangat berhati-hati kerana kehamilan tunangnya itu masih di peringkat awal, namun dia tetap ingin berkongsi khabar berita gembira bersama peminat. Dia juga berharap orang ramai menghormati keputusannya yang tidak mendedahkan siapa wanita tersebut.

Kami sangat berhati-hati kerana dia berada di peringkat awal kehamilannya, tetapi saya berkongsi berita ini kerana saya fikir saya harus memberitahu anda terlebih dahulu. Pasangan saya tidak memiliki pekerjaan yang sama seperti saya, jadi saya minta pengertian anda untuk tidak mendedahkannya.

Menamatkan kontrak

Penyanyi termuda ini juga turut memaklumkan bahawa kontraknya dengan JYP Entertainment bakal tamat pada bulan Januari tahun hadapan selepas 15 tahun bersama dan tidak akan menyambungnya lagi selepas berbincang dengan syarikat tersebut.

Saya telah melakukan perbincangan bersama syarikat berkenaan pandangan saya untuk menempuh jalan saya sendiri bersama keluarga baru saya, dan kami mencapai kata sepakat untuk tidak memperbaharui kontrak saya.

Ujarnya lagi, dia telah membuat keputusan berkenaan kerana pasangannya adalah fokus utama dalam dirinya dan pihak JYP Entertaiment turut menyokongnya. Walaupun bakal menamatkan kontrak bersama JYP Entertaiment, namun Chansung akan tetap memberikan sokongan.

Syarikat itu ibarat akar dan seperti rakan lama, kami sentiasa menyokong antara satu sama lain. Saya belum memutuskan untuk kemana, tetapi saya akan berkongsi rancangan supaya tidak menimbulkan kebimbangan kepada peminat.

Chansung turut meluahkan rasa bimbang ketika ingin mengumumkan berita mengejutkan ini kepada peminatnya. Dia juga menyatakan bahawa dia akan bekerja keras seperti sekarang sebagai ahli kumpulan 2PM Chansung serta pelakon Hwang Chansung.

Sumber: soompi.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×