berita

Bakal Pengantin Di Kuala Lumpur & Putrajaya Boleh Kahwin Semasa PKPB

October 27th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Bakal pengantin di kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur dibenarkan untuk angkat nikah bagi mereka yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) dan telah selesai membuat temu janji terlebih dahulu.

Hal ini disebabkan mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kawasan tersebut.

Patuh SOP

Gambar sekadar hiasan

Kebenaran untuk menjalankan proses akad nikah ini hanya boleh dijalankan di zon hijau dan zon kuning sahaja di pejabat Bahagian Perkahwin dan Pembangunan Keluarga JAWI dan Pejabat JAWI Putrajaya buat masa ini. Tambahan pula, setiap pasangan yang terlibat harus mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Arahan yang dikeluarkan ini adalah tertakluk kepada peraturan yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengurusan tertinggi JAWI dari semasa ke semasa.

Patuh SOP ditetapkan

Gambar sekadar hiasan

Tambahan pula, pihak JAWI turut mengeluarkan SOP penuh bagi majlis akad nikah yang diadakan sepanjang tempoh PKPB dijalankan. SOP ini boleh dimuat turun menerusi Facebook rasmi JAWI.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh setiap pengantin adalah seperti berikut:

  1. Tidak mempunyai sebarang gejala Covid-19.
  2. Bukan kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
  3. Pengantin bukan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  4. Membuat saringan suhu badan terlebih dahulu.
  5. Mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera atau melalui buku yang disediakan.
  6. Memakai pelitup muka & penggunaan cecair pembasmi kuman.
  7. Akad nikah hanya boleh diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan.
  8. Mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pendaftar.
  9. Proses angkat nikah tidak melebihi 20 minit.
  10. Kehadiran ke majlis akad nikah tidak melebihi 9 orang, termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, jurunikah, wali dan dua orang saksi.
  11. Mempraktikkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain

Kenyataan media

SOP penuh

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan 

SKIP THIS AD ×