berita

Bakal Pengantin Maut Terkena Renjatan Elektrik, Tinggalkan Anak Berusia 16 Bulan

November 9th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Mirror UK

Hasrat seorang lelaki untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik beberapa bulan sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.

Bakal pengantin maut terkena renjatan elektrik

Foto: Mirror UK

Memetik laporan Mirror UK, juruteknik elektrik yang dikenali dengan nama David Outhwaite dilaporkan maut ketika mengendalikan pemasangan di tiang elektrik di sebuah kawasan hak milik persendirian di Nirimba, Australia.

Pihak berkuasa bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden terbabit dan setibanya di sana, mereka mendapati mangsa yang berusia 36 tahun itu berada dalam keadaan terkaku dan sudah tidak bernyawa. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku akibat arus elektrik yang masih ‘hidup’ semasa mangsa mengendalikan pemasangan di lokasi kejadian.

Menurut Pengarah Bahagian Keselamatan Tenaga Australia Barat iaitu Saj Abdoolakhan, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini malah pihak berkuasa juga berusaha untuk mencegah tragedi yang sama daripada berulang. Dalam kesempatan itu, mereka meminta semua juruteknik elektrik supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas.

Difahamkan, mangsa mempunyai seorang cahaya mata berusia 16 bulan dan merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama tunangnya pada tahun hadapan.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×