berita

[VIDEO] Pengantin Lelaki Temui Ajal Lepas Akad Nikah, Si Isteri Tabah Naik Pelamin Seorang Diri

October 6th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Tidak dinafikan, ajal maut jodoh dan pertemuan memang sudah ditetapkan sejak dari dalam rahim lagi. Namun sebagai manusia biasa, perasaan sedih pasti terasa apabila insan tersayang pergi untuk selama-lamanya.

Begitulah yang dialami seorang wanita dari Indonesia ini apabila terpaksa menerima takdir pemergian suami tercinta di hari bahagia mereka.

Suami meninggal dunia

@erdetanjung15semoga adik ku selalu diberikan kekuatan untuk ujian ini… tidak sempat bersanding di pelaminan, suaminya meninggal dunia….semoga Husnul khatimah? original sound – @ERdeTanjung

Menerusi video yang dimuatnaik Erdetanjung15 di aplikasi TikTok memaparkan pasangan pengantin baru ini sedang duduk sementara menanti saat mereka diijabkabulkan. Sehari selepas itu, pengantin lelaki secara tiba-tiba jatuh sakit dan tidak mampu duduk di atas pelamin. Dia kemudian dikejarkan ke hospital. Namun, lelaki itu tidak berjaya diselamatkan sebelum disahkan meninggal dunia.

Sempat jaga suami di hospital

@erdetanjung15walaupun cuma sebentar, pengabdiannya merawat dan mengurus suami… insyaallah Allah akan balas dengan kebaikan… alfatihah ?????? bunyi asal – ShaifulShza(WC)

Walaupun tidak dapat melayari bahtera perkahwinan bersama, tetapi wanita berkenaan walau bagaimanapun sempat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan menjaga suaminya yang dirawat di hospital.

Naik pelamin bersendirian

@erdetanjung15kami tau.senyuman ini berat,,,naik pelaminan sendiri tanpa suami… berusaha tegar… terus lah kuat..dan tersenyum untuk kami..kami selalu ada buatmu? original sound – ? ?

Memandangkan segala persiapan majlis bersanding sudah dilakukan, pengantin perempuan dengan perasaan sedih dan tabah telah naik pelamin seorang diri selain melayan tetamu yang hadir.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mendoakan agar wanita itu terus tabah dalam meneruskan hidup tanpa suami disisi.

Sumber: Erdetanjung15

SKIP THIS AD ×