berita

Bakal Suami Batal Kahwin 3 Minggu Sebelum Majlis, Pengantin Wanita Tabah ‘Photoshoot’ Seorang Diri

December 2nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang. Kita sebagai hambaNya harus akur dan reda mendepani ujian tersebut. Seperti perkongsian seorang jurugambar yang dikenali sebagai Lightviewsg di Facebook, menceritakan kisah sedih apabila pelanggannya (pengantin perempuan) tetap meneruskan photoshoot perkahwinan walaupun tanpa kehadiran suami di sisi.

Kisah ini terjadi di Singapura. Tabahnya awak!

Wanita kuat!

Foto: Lightviewsg

Ini merupakan pengalaman pertama bagi kami. Paling sedih bila pengantin perempuan datang cerita bahawa perkahwinannya terpaksa dibatalkan. Hal ini disebabkan, pengantin lelaki yang bertindak membatalkan majis tersebut, tiga minggu sebelum majis diadakan. Walaupun sedih dengan perkara tersebut, Shasha tetap kuat dan masih mahu melakukan weeding photoshoot walaupon berseorangan. #MungkinBukanHariIni

Menerusi status di Facebook, jurugambar itu menceritakan kisah yang agak sedih apabila pengantin lelaki secara tiba-tiba bertindak membatalkan majlis perkahwinannya. Perkara tersebut diputuskan tiga minggu sebelum majis itu berlangsung. Namun, pengantin perempuan tetap kuat menghadapi ‘dugaan’ tersebut dan melakukan photoshoot secara berseorangan.

Beri inspirasi

Foto: Lightviewsg

Menerusi laporan MustShareNewstindakan Shasha dipuji ramai kerana berjaya mengatasi kekecewaan berikutan pembatalan majlis perkahwinan tersebut. Kisah tersebut juga sepatutnya dijadikan inspirasi kepada wanita-wanita lain supaya tidak berputus asa dalam sesebuah perhubungan.

Tambahan pula, Shasha dilihat sebagai seorang yang sangat positif kerana ‘kuat’ menghadapi ujian tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang akan bertindak membatalkan sesi photoshoot bersama jurugambar tersebut, namun tidak bagi Shasha.

Awak berhak orang yang lebih baik

Foto: Lightviewsg

Perkongsian tersebut telah dikongsi sebanyak 1.7k dan meraih ratusan komen. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan supaya Shasha terus kuat dan dipertemukan jodoh yang jauh lebih baik daripada sebelum ini.

Sumber: MustShareNews Lightviewsg

SKIP THIS AD ×