berita

Bakal Tayang 21 Ogos, Filem Lucy Tunjuk Kuasa Maksima Otak Manusia Bila Dibawah Pengaruh Dadah

August 14th, 2014 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

lucy-movie-scarlett-johansson

Bayangkan jika anda mempunyai kuasa maksima yang mampu melakukan semua perkara hanya menerusi arahan otak. Mesti awesome kan?

Jadi, saya mestilah super excited apabila berpeluang menonton preview filem Lucy yang bakal ditayangkan di seluruh negara mulai 21 ogos ini.

Mana taknya, filem yang memakan belanja kira-kira 49 juta euro arahan Luc Besson ini dibintangi pelakon favourite ramai. Siapa lagi kalau bukan Scarlett Johansson dan Morgan Freeman.

Screen Shot 2014-08-13 at 1.30.23 PM

Lucy terpaksa menjadi ‘keldai dadah’

Still dont get the storyline yet? Baiklah. Saya ceritakan serba sedikit sinopsis cerita ini. Kisah bermula apabila Lucy (lakonan Scarlett Johansson) terpaksa menjadi ‘keldai dadah’ setelah ditipu oleh teman lelakinya yang bekerja dengan Mr. Jang, seorang ‘raja dadah’ di Korea.

Lebih kejam lagi, sebuah beg berisi dadah CPH4 iaitu merupakan dadah sintetik yang sangat berharga telah dijahit secara paksa ke dalam perut Lucy.

Lucy telah diseksa dengan teruk semasa dalam tahanan dan salah seorang penculik telah menyepak abdomennya yang mengandungi dadah itu.

Screen Shot 2014-08-13 at 1.32.43 PM

Lucy mula mendapat kuasa luar biasa

Disebabkan tendangan tersebut, beg dadah itu pecah dan Lucy mula mendapat kekuatan luar biasa sehinggakan dia mampu mengawal persekitarannya dengan hanya menggunakan arahan otak.

Bagaimanapun, untuk terus meneruskan survivalnya, Lucy perlu mendapatkan bekalan dadah itu  lagi dan dia telah mencari Professor Norman (lakonan Morgan Freeman) untuk mendapatkan pertolongan.

Screen Shot 2014-08-13 at 1.34.45 PM

Antara kuasa yang dimiliki oleh Lucy

Ha.. mesti anda tertanya-tanya apakah nasib Lucy kan? Mampukah Lucy survive? Kalau nak tahu, anda kenalah book tiket awal-awal ya kerana saya dapat menjangkakan filem ini akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana jalan ceritanya yang agak unik! Jadi, selamat menonton!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×