Pelakon, Saharul Ridzwan dan isteri, Deena Amir bakal menimang cahaya mata yang ketiga dalam masa terdekat. Saharul akui teruja untuk mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan.
Artikel Berkaitan: Peminat Tanya Dah Tinggalkan Dunia Glamor Ke? Ini Jawapan Saharul Ridzwan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saharul Ridzwan Dedah Bibit Cinta Bersama Isteri, Call Ajak Kahwin Masa Birthday.. Rupa-Rupanya Isteri Ada Niat Sama!
Artikel Berkaitan: ‘Baba Minta Maaf Ali’ – Saharul Ridzwan
Suka kejutan
Menerusi laporan Gempak, Saharul sengaja membuat kejutan pada diri sendiri dengan mengetahui jantina bayi pada hari kelahirannya.
Katanya, dia juga melakukan perkara yang sama ketika menunggu kelahiran anak kedua kerana baginya momen itu lebih menyeronokkan.
Saya tengah berdebar, isteri saya memang tengah menunggu bila-bila masa sahaja akan bersalin.
Saya memang teruja dan tak sabar hendak mengetahui jantina anak ketiga ini. Saya suka perasaan sebegini sebab saya memang suka suprise.
Bersalin normal atau bedah?
Dalam keterujaan pelakon berusia 34 tahun itu menanti kelahiran bayi ketiga, dia juga risau dengan isterinya kerana belum mendapat keputusan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.
Isteri saya mempunyai ketulan Fibroid di dalam rahim dan doktor akan pantau sama ada isteri saya bersalin secara normal atau pembedahan.
Susulan daripada itu, Saharul mengharapkan agar proses bersalin akan dipermudahkan Allah SWT dan semuanya selamat.
Sekadar info, Saharul Ridzwan dan Deena Amir sah bergelar suami isteri pada 16 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, dan Fateema Azzahra.
Sumber: Gempak